Dapat dari kawan. Just sharing
Ringkasan Khutbah Jumaat Johor
Peringatan Untuk Diriku Yg Lupa mudahan bermanfaat juga Pada Yg membaca .
**********************************
Diceritakan bahawa Alam dunia amat sekejap tempohnya berbanding dgn perjalanan barzah dan mahsyar di akhirat kelak. Tentu malaikat hairan dgn manusia yg bertungkus lumus utk keduniaan yg paling lama pun kita hidup sampai seratus tahun je. Itu pun kalau umur panjang.
Sedangkan alam selepas mati, alam barzah, padang mahsyar, dan ke titian sirat yang penuh ranjau dan halangan...di katakan oleh ulamak lama nya alam akhirat sebelum sampai ke keputusan syurga neraka itu berpuluh ribu tahun lamanya. Logik kah kalau akal yg sihat sekiranya kita lebih mengutamakan dunia dari akhirat???
Diceritakan lamanya di padang mahsyar itu sehingga manusia sanggup berkata kpd Allah agar mereka dimasukkan saja ke neraka kerana tak tertanggung azabnya di mahsyar yg terlalu lama....Maka sebab itulah dikatakan bahawa org yg beruntung itu ialah org yg ketika hidupnya didunia, segala apa2 yg dilakukannya didunia...matlamatnya tetap akhirat. Dia di dunia, tapi pemikirannya di akhirat. Ketika didunia dia dah tahu apa yg dia akan hadapi di alam barzah...apa akan terjadi di mahsyar...apa akan terjadi di titian sirat...dan akhirnya apa yg ada di syurga & neraka. Nanti bila Allah tiba2 tarik nyawa kita...kita taklah terkejut beruk. Kata Syeikh Nuruddin, antara tipu daya syaitan ialah menagguhkan amalan. Org yg berumur belasan tahun...dibiskkan oleh syaitan, "Aku muda lagi....nantilah bila aku dah kahwin baru aku pergi masjid berjemaah & beribadah"...bila dah kahwin dibisikkan lagi "Aku baru je kahwin....sibuk...masa ni lah aku nak kumpul duit byk2...nak besarkan anak..nak kumpul harta.....kerja keras..nanti umur 40 aku dah stabil baru aku pegi masjid & beribadah"....Bila sampai umur 40...dibisikkan lagi "Alamak skrg ni sibuk lah dgn masalah anak2....anak2 exam...ada anak yg sakit....ada yg bermasalah...anak nak masuk Uni...byk benda nak kena settle ni, tunggu pencen lah baru aku gi masjid"....Bila dah pencen pulak...badan pun dah tak kuat....ditakdirkan Allah kita sakit....duduk lama tak boleh....berdiri lama tak boleh....macam2 tak boleh....nak beribadat dah tak kuat....nak pegi majlis ilmu dah tak kuat..nak puasa sunat dah tak boleh....akhirnya sibuk dgn dunia sampai lah dicabut segala kenikmatan yg diberi oleh Allah masa dia muda & sihat. Alhamdulillah bagi yg masih boleh hidup sampai tua & sempat bertaubat. Berapa ramai yg umur belasan tahun...umur dua puluhan...umur tiga puluhan...empat puluhan yg direntap nyawanya oleh malaikat maut ketika masih sibuk dgn urusan dunia semata2? Mudah2an Allah bagi kesedaran sementara kita masih berpeluang. Berkat bulan Ramadhan ini. YA Allah berikan lah kami taufiq dan hidayah mu ya Allah.. Berikanlah kami kebaikan dunia & akhirat. Amin Allahuma amin. Kata ustaz Ihsan....Malam2 disaat org lain nyenyak tidur...amalkan bertafakur kpd Allah...at least 10-15minit. Hanya kita dgn Allah. Tak payah doa yg canggih2...sebut dlm bahasa melayu pun takpe...sebut dgn niat berbicara dgn Allah...berkhalwat dgn Allah... Matlamatnya utk bertafakur dgn Allah.....Amalan bertafakur adalah amalan para solihin yg sudah ditinggalkan oleh kebanyakan org. Sedangkan bertafakur itu salah satu kaedah yg sangat berkesan utk seseorg mendekatkan diri kpd Allah...selain zikir. InsyaAllah cuba buat & amal. tgk Astro berjam2...takkan takleh 10 minit dating dgn Allah. Peringatan utk diriku yg lupa. Mudahan bermanafaat juga utk yg membaca. TQ
http://biaqpila.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment