Pesanan Panaja

Thursday, January 30, 2014

Berkahwin selepas mengandung tidak sah?



SOALAN:
Baru-baru ini tersebar melalui WhatsAps yang menyatakan bahawa pasangan yang berzina dan kemudiannya perempuan itu mengandung.

Mereka berkahwin ketika perempuan itu masih mengandung demi menutup malu - perkahwinan itu tidak sah. Mereka dikira berzina sepanjang hidup kecuali dikahwinkan semula selepas bersalin anak zina tersebut.

Minta penjelasan Ustazah.

JAWAPAN:






Perkahwinan itu adalah sah menurut Mazhab Syafie dan perlulah didaftarkan sebaiknya. Sekiranya wanita itu berkahwin dengan lelaki yang berzina dengannya yang menyebabkan dia mengandung maka dibenarkan bersama dengan lelaki tersebut. Sekiranya dia berkahwin dengan lelaki penzina  berkenaan dan kandungannya belum mencecah usia enam bulan maka apabila lahir nanti anak tersebut boleh dinasabkan kepada lelaki berkenaan.

Walau bagaimanapun perlu diingat dosa perbuatan zina antara mereka tetap tidak terlepas. Sebagaimana hukum jenayah zina, kalau yang berzina itu belum pernah berkahwin atau pun dengan istilah teruna dan dara mereka di hukum sebat seratus rotan. Sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah An-Nur ayat 2 yang bermaksud:

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.”

Sekiranya si penzina itu pernah atau sudah berkahwin maka ia mesti melalui hukuman rejam sampai mati. Sebagaimana perbuatan zina yang dilakukan oleh Maiz al-Aslami dan al- Ghamidiyyah.

Hadith Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Lelaki yang sudah berkahwin (as-syaikhu) dan Perempuan yang sudah berkahwin (as-syaikhatu) apabila mereka berzina , hendaklah direjam kedua-dua mereka."



Sumber harakahdaily 


tranungkite

No comments:

Post a Comment