Pesanan Panaja

Sunday, February 9, 2014

Siasah Syariyyah dan Pengertian

sekadar hiasan

Siasah Syariyyah adalah merupakan Sistem Politik yang telah lama wujud dalam Islam dan ianya adalah bukan satu benda yang baru. Kepentingannya adalah merujuk secara terus dengan Islam dan umat Islam. Sejak dari zaman dahulu lagi telah banyak perbahasan serta perbincangan mengenai ilmu ini sehingga merentasi masa sehingga segenap pelusuk dan ianya terus berkembang dari zaman ke zaman.




Pengertian Siasah Syariyyah boleh dilihat dari dua sudut iaitu dari sudut bahasa dan dari sudut istilah syarak. Kalau dilihat dari sudut bahasa, maksud Siasah Syariyyah adalah melakukan atau menjelaskan sesuatu perkara mengikut undang-undang dan lunas-lunas syarak serta maqasidnya. Maksud lain yang asas ialah mentadbir, mengurus atau menyelenggara sesuatu yang member manfaat kepadanya.

Mengikut istilah syarak, maksud siasah syariyyah ialah sesuatu disiplin ilmu yang membicarakan tentang urusan pentadbiran dan pemerintahan sebuah negara serta hal ehwal tentang kehidupan manusia yang berdasarkan tuntutan dan kehendak syarak.

Siasah juga adalah merupakan perkataan yang berasal daripada perkataan arab iaitu iaitu Siyasah dan siasah pula adalah perkataan Melayu. Disiplin ilmu ini pernah digunakan dalam pengajian tertentu yang telah digantikan dengan istilah Inggeris iaitu politics dan kemudian perkataan ini dimelayukan mengikut penggunaan pengubahsuaian di Malaysia menjadi politik.

No comments:

Post a Comment