Pesanan Panaja

Monday, January 6, 2014

IT atau ICT : Sama atau berbeza?



Saya sering ditanya oleh banyak pihak untuk gunakan perkataan IT atau ICT, kenapa PAS menamakan ICT kepada Lajnah  ICT PAS serta mengekalkan nama IT pada Jabatan IT PAS (JITP) dari mereka yang terlibat dalam bidang ini secara langsung atau tidak dalam bidang ini.






Sebelum itu, perkataan IT dan ICT semenangnya saling digunakan dalam industri pengkomputeran dan akdemik. Perkataan IT lebih popular digunakan dalam industri, manakala ICT pula lebih dominan digunakan dalam akademik dan pendidikan seperti sekolah, kolej dan universiti.

Sepanjang ingatan saya, saya telah terlibat dan melalui berbagai-bagai peringkat bermula dengan EDP (Elektronik Data Processing), kemudian MIS (Management Information System), IS (Information System), IT (Information Technology) dan sekarang pula ICT (Information Communication Technology).
 
Sebelum kita ‘pening kepala’ dengan istilah-istilah ICT atau IT, lebih baik kita kembali melihat perkembangan ia digunakan sebelum ini. Cuba kita fokus kepada tiga perkataan disebalik perkataan ICT;

- INFORMATION- COMMUNICATIONS- TECHNOLOGY

Secara asasnya, IT merujuk kepada Teknologi Maklumat (Information Technology). Manakala ICT pula merujuk kepada Information Communication Technology. Keduanya saling berkaitan antara satu sama lain.

Bezanya adalah pada perkataan Communication, bermaksud ada dua, iaitu merujuk kepada Teknologi Maklumat (Information Technology) dan satu lagi Teknologi Komunikasi (Communication Technology).

Perbezaannya adalah pada komunikasi data secara elektronik melalui jarak yang jauh selalunya boleh dibuat secara rangkaian (network) dengan perhubungan peralatan, pendawaian dan satelite.

Teknologi komunikasi (CT) pula terdiri daripada perkakasan telekomunikasi yang digunakan untuk menyalur dan mengakses maklumat untukpenghantaran maklumat dari jarak jauh tanpa mengubah kandungan maklumat tersebut seperti penggunaan  fiber optik, satelit, telegraf dan sebagainya.

Teknologi Maklumat (IT) lebih dirujuk kepada kepada perkara khusus untuk menggambarkan hal-hal persekitaran dalaman teknologi digital melibatkan pemprosesan  data dan pengurusan maklumat yang tiada kena mengena dengan komunikasi seperti computer hardcoding, sofware development, hadware development, scripting dan seumpamanya.

Teknologi Maklumat (IT) ditakrifkan sebagai teknologi yang digunakan untuk mengumpul data dan menganalisis data menjadi maklumat berguna dan bermakna serta untuk menghasilkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks, grafik, suara, animasi dan maya.

Saya tidak bercadang untuk membincangkan perkara ini secara akademik, cukup sekadar pembaca dapat memahami  IT dan ICT itu hampir sama tetapi tidak serupa.

Kita biasa guna kedua-dua perkataan ICT atau IT ini dalam konteks hari ini.  Biasanya perkataan ICT lebih dominan digunakan dalam pendidikan tetapi perkataan IT pula lebih popular dalam bidang industri.

Sebagai contoh, terdapat perjawatan seperti Guru ICT, IT Network Manager, IT Manager, IT Specialist, IT Consulatant, IT Security Officer, IT Operator dan sebagainya.

Seseorang yang mengaku “I am an ICT guru” bermakna dia seorang yang tahu bagaimana untuk mencari, menilai dan mengeksploitasi apa yang orang lain dan bina pada peringkat penggunaan.

Sekiranya seseorang itu berkata, “ I’am an IT specialist” bermakna dia seorang yang berpengetahuan tentang fungsi bagaimana web tersebut bekerja dan boleh menulis ‘source code’ dan lain-lain kerja teknikal seperti operasi server dan sebagainya.

Sekiranya ada masa dan peluang, kita akan membincangkan hal berkaitan dengan IT atau ICT dan yang berkaitan dengannya pada masa yang lain dengan isu yang lain pula.

Sebagai kesimpulan, secara ringkasnya, bila sebut tentang ICT, umumnya terbahagi kepada dua kumpulan yang melibatkan perkara berikut;
1.Teknologi Pengkomputeran yang tradisi seperti PC sama ada di rumah atau pejabat.
2.Teknologi komunikasi digital yang cepat dan pesat berkembang yang membolehkan orang dan organisasi berhubung dan berkongsi maklumat secara digital.

Perbahasan ini tidak akan habis dan boleh berlarutandalam masa yang panjang  tetapi saya ingin mengambil pendekatan  berikut;

1.ICT atau Information Comunication Technology dirujuk lebih kepada teknologi komunikasi yang melibatkan aspek sosial kehidupan dalam dunia digital sekarang ini seperti media sosial, web 2.0 dan sebagainya.
2.IT atau Teknologi Maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Teknologi maklumat tidak terhad kepda internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan  televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima.


Detikdaily

No comments:

Post a Comment