Bulan Januari ini boleh dikatakan sebagai bulan tablet untuk Samsung. Selain memperkenalkan Galaxy TabPRO dan juga Galaxy NotePRO pada minggu lepas, hari ini pula pihak Samsung memperkenalkan tablet dibawah keluarga Galaxy Tab 3, iaitu Galaxy Tab 3 Lite.
Galaxy Tab 3 Lite merupakan tablet bersaiz 7-inci, dan hadir dengan cip pemprosesan dwi-teras 1.2Ghz. Pihak Samsung mengatakan bateri berkapasiti 3600mAh yang hadir pada tablet berkenaan mampu memainkan video selama lapan jam tanpa sebarang masalah.
Tablet ini turut hadir dengan kamera belakang 2-megapixel. Agak mengejutkan kerana berbeza dengan tablet yang diperkenalkan pada minggu lepas, Galaxy Tab 3 Lite ini menjalankan sistem operasi Android 4.2 Jelly Bean. Secara kasarnya, boleh dikatakan ia hanya tablet biasa, tanpa sebarang keistimewaan khas untuknya.
Tablet ini bakal ditawarkan tidak lama lagi dalam pilihan warna hitam dan putih. Harganya tidak diumumkan, tetapi dari segi spesifikasi yang dibawakan, mungkin ia berharga dibawah RM1000.
Sumber Rujukan: Samsung Tomorrow
.....
http://amanz.my
tranungkite
No comments:
Post a Comment