Pesanan Panaja

Friday, January 17, 2014

Gambar Galaxy NotePRO 12.2 Dan Galaxy TabPRO 10.1 Turut Tertiris



Selain daripada gambar Galaxy TabPRO 8.4, dua lagi gambar turut dikongsikan pihak @evleaks, memperlihatkan dua lagi variasi tablet daripada Samsung, iaitu Galaxy NotePro 12.2 dan juga Galaxy TabPRO 10.1.




Galaxy NotePRO 12.2


Untuk makluman, penggunaan angka pada hujung nama menandakan kepada saiz skrin tablet berkenaan. Daripada apa yang diketahui ia akan menyertakan variasi pilihan cip Exynos 5 Octa dan juga Snapdragon 800 untuk NotePRO 12.2-inci bergantung kepada pilihan 3G ataupun LTE. Spesifikasi lain untuk NotePRO 12.2 adalah termasuk memori 3GB RAM, bateri berkapasiti 9500mAh, kamera belakang 8-megapixel dan dilengkapi Android 4.4 KitKat. Memandangkan ia menggunakan nama keluarga Note, maka ia akan dilengkapi dengan S-Pen untuk pengambilan nota dan juga lakaran.

Galaxy TabPRO 10.1
Galaxy NotePRO 12.2

Galaxy TabPro 10.1 juga dijangka akan membawakan spesifikasi lebih kurang sama dengan memori 2GB RAM dan juga bateri berkapasiti 8220mAh.

Galaxy TabPRO 10.1

Daripada gambar yang tertiris juga kelihatan pihak Samsung membawakan sedikit kemaskini pada antaramuka TouchWiz mereka melalui Android 4.4 KitKat.

Apa pun, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi gergasi dari Korea Selatan berkaitan dengan keluarga tablet baru ini esok di CES 2014.

Sumber Rujukan: @evleaks
Sumber Gambar: Android Central

tranungkite

No comments:

Post a Comment