Saya pasti ramai yang free hair di sana ada keinginan untuk berhijab. Sebagai seorang perempuan, saya sangat paham ia suatu yang bukan mudah untuk dilakukan. Antara sebab yang biasa diberi adalah, tidak bersedia, hendak betul-betul ikhlas, takut nanti akan bukak tutup bukak tutup dan macam-macam lagi. Memang terlalu banyak dugaan dan hasutan dan tentunya diri kita yang cukup lemah untuk mengatasinya.
Takpa, kita kayuh perlahan-lahan.
Pertama. Sematkan di dalam hati, dan berdoa, sentiasa berdoa agar dapat memberanikan diri, melembutkan hati agar diberi kekuatan, keyakinan untuk berhijab. Bangun pagi-pagi, lihat wajah di dalam cermin, lihat rambut, dan bayangkan setiap sehelai rambut itu yang akan terbakar oleh api sebagai balasan tidak menutupnya.
Kedua. Tukar cara pemakaian. Pakai baju berlengan panjang, seluar labuh menutup betis, baju yang bukan see through, yang tak terlalu rendah lehernya. Kan banyak skirt labuh yang cantik sekarang ni? Blouse lengan panjang pon banyak dah pilihan yang elok. Seluar pon banyak yang setail yang longgar-longgar dan labuh, palazzo pants contohnya. Tak ada alasan untuk tidak menukar pemakaian ke yang lebih sopan. Dan, bila dah nak pakai tudung tu, pon senang dah ada pemakaian yang sesuai, tinggal nak tutup kepala je.
Ketiga. Boleh jinak-jinakkan diri dengan menutup kepala, topi ke, snowcap, scarf yang diikat, selendang.. cuba cover sebanyak mana rambut yang boleh, nanti lama-lama akan rasa tak biasa bila keluar tak tutup rambut.
Keempat. Nampak tudung yang cantik, beli, bawak balik rumah, test pakai dan peragakan depan cermin.
Kelima. Snap gambar, post ke fb, twitter, instagram, lepas tu tanya, "Okay tak kalau I pakai macam ni?" dan laungkan niat anda hendak memakai hijab. Dan minta rakan-rakan doakan agar niat anda tu tercapai.
Keenam. Cintai Islam. Cintai Allah. Ingat seksa kubur. Ingat seksa neraka.
Ketujuh. Ingat ajal. Bila-bila masa sahaja. Tutuplah aurat anda, sebelum jasad anda ditutup dengan kain putih dan kemudian di 'hijab' kan dengan tanah. Di situ, niat anda tidak ada apa-apa gunanya lagi. Hanya ditemani kegelapan, sesalan, seksaan dan binatang berbisa... balasan atas dosa-dosa yang boleh kita elakkan ketika masih bernyawa.
Bismillahirrahmanirrahim.. Ya Allah Ya Tuhanku. Hamba berdoa kepadamu, agar kami yang punya keiinginan untuk melaksanakan suruhanMu untuk menutup aurat dengan sempurna, diberi hidayah, kekuatan, dan kelembutan hati agar melakukannya dan tidak melengah-lengahkan niat kami ini. Kuberdoa agar hati kami teguh dan tidak tergoda dengan hasutan, dan godaan duniawi.. agar kami semua menjadi orang-orang yang beriman, dan bersama-sama menuju ke Jannah. Ameen.
Saya sendiri walaupun berhijab tapi masih belum sempurna menutup aurat. Marilah kita sama-sama berikhtiar dan memperbaiki diri. Together we head on the path towards Jannah. Insya'Allah.
{ANNA} bududanbelacan.blogspot.com
tranungkite
No comments:
Post a Comment