Pesanan Panaja

Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Thursday, November 5, 2015

Setelah 800 Tahun Hilang, Tafsir Syeikh Abdul Qodir Al-Jailani Ditemukan di Vatikan


Tafsir Syeikh Abdul Qodir Al-Jailani telah ditemukan. Penemuan karya Syekh Abdul Qadir Al-Jailani oleh cucu ke-23-nya sendiri, Syekh Dr. Muhammad Fadhil, membuat dunia akademik dan pengamal tarekat/tasawuf terkagum-kagum. Bagaimana tidak? Naskah ini selama 800 tahun menghilang dan baru ditemukan secara utuh di Vatikan. Manuskrip yang berisi 30 Juz penuh ini tersimpan secara baik di perpustakaan.

Thursday, May 28, 2015

Hakikat Kejayaan Dan Kemenangan

open-road2

Di awal surah al-Baqarah Allah menjelaskan sifat orang-orang bertaqwa lalu ditutup dengan ayat 5
أُولَئِكَ عَلَى هُدًى مِنْ رَبِّهِمْ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Maksudnya “merekalah orang yang sentiasa berada di atas hidayah petunjuk daripada Rabb mereka dan merekalah sebenar-benar orang yang beroleh al-Falah”.

Al-Falah bermaksud kemenangan dan kejayaan yang dicapai selepas melalui keadaan dan rintangan yang sukar.

Monday, May 4, 2015

Jika ada ayah atau ibu di kampung berseorangan, sila lawat dan telefon

Image result for ayah atau ibu
sekadar hiasan
Antara bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa mereka ialah:

Memberi nafkah.

Ada ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Jika bekerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.

Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.

Thursday, July 10, 2014

Orang-Orang Yang Didoakan Oleh Malaikat



Allah SWT berfirman, "Sebenarnya (malaikat - malaikat itu) adalah hamba - hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah - perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka dan yang dibelakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa'at melainkan kepada orang - orang yang diridhai Allah, dan mereka selalu berhati - hati karena takut kepada-Nya" (QS Al Anbiyaa' 26-28)

8 Gambar Lionel Messi Sedang Mendirikan Sembahyang




Messi??? Dalam Masjid??? Mendirikan Solat???
WOW!! Ini betul-betul rare, kelihatan di dalam sebuah masjid, 'Messi' dan "Ronaldo' sedang mendirikan solat. Untuk pengetahuan peminat bintang bolasepak, gambar di atas hanyalah merupakan peminat yang menyarungkan jersi dengan nama pemain kesukaan mereka.

Gambar di bawah ini barulah betul kelihatan bintang bolasepak Argentina itu sedang bersujud.


Sunday, June 8, 2014

Dengar orang mengaji tengah laut



DUNGUN - “Jangan putus asa, ingat segala kejadian mesti ada hikmahnya, kita mesti bertawakal, jangan putus  berdoa selain berikhtiar dengan apa cara sekalipun, dalam situasi seperti ini tiada siapa yang dapat menolong kita kecuali ALLAH,” kata Che Wan Mohd Razi Che Wan De, 48.


Che Wan Mohd Razi adalah seorang daripada tiga nelayan yang terselamat selepas bot pukat tunda dinaiki mereka dihanyutkan arus sebaik dilanggar kapal besar ketika keluar menangkap ikan di perairan Dungun pada 26 Mei lalu.

Bapa tidak akan benar Zarinah keluar dari Islam


zarinah-1024x677

Bapa kepada pengantin perempuan yang ditahan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) semasa majlis perkahwinannya di kuil Hindu minggu lalu menegaskan tidak akan membenarkan anaknya keluar daripada Islam, lapor akhbar The Star.



Azan dan Bacaan Al-Quran Berkumandang di Vatican City



VATICAN CITY – Buat pertama kalinya dalam sejarah, solat dan bacaan Al-Quran akan diperdengarkan di Vatican City hari ini dalam usaha mengakhiri krisis antara Israel dan Palestin.

Times of Israel melaporkan, Pope Francis menjemput Presiden Israel; Shimon Peres dan Presiden Palestin; Mahmoud Abbas ke sini bagi kunjungan balas beliau yang melawat Palestin dan Israel minggu lalu.

Wednesday, May 28, 2014

DNA babi: Produk muslim sebagai alternatif



Isu kandungan babi (porcine) dalam coklat kegemaran ramai Cadbury menjadi polemik negara buat seketika. Ia menjadi gempar dengan ramai pihak membangkitkan kemarahan kerana ianya telah dijual berleluasa dan dimakan oleh orang ramai tanpa pemantauan sehinggalah akhirnya pendedahan oleh kerajaan baru-baru ini.

Cukuplah ‘dibabikan’



Memang keras perkataan di atas. Tidak peduli kita kalau ia perlu difahami secara literal @ harafiah atau kiasan @ sindiran. Mana-mana satu pun cara bacaan, tiada bezanya pada hakikat.

Hakikatnya entah berapa ramai orang Islam telah dimasukkan babi atau unsur babi dalam tubuh mereka, …. atau secara ringkas dibabikan. Perlakukan dibabikan pada tubuh itu adalah tanpa kerelaan, maka ia umpama satu jenayah perkosa, rogol, ceroboh terhadap tubuh badan.

Thursday, May 22, 2014

Tahun-Tahun Yang Harus Anda Ingati Dalam Dunia Islam



Salam..  Sekadar perkongsian maklumat saya melalui wall facebook encik VON ROBINTROP (Id TKO) mengenai tahun-tahun yang penting yang patut anda ingati yang berkaitan dengan Islam..

Jika ada fakta2 serta tahun yang meragukan dan punya pandangan lain.. anda bebas memberi koemn dan kita akan betulkan sama2 bagi rujukan kita di masa akan datang..

Friday, May 16, 2014

‘Israk & Mikraj. Fakta Relevan Perlu Diketahui.



"Setelah sebahagian masa berharga ribuan peminat web ini terbazir begitu sahaja kerana melayan-baca kisah berunsur ‘lawak mega’ segelintir pemain politik di bumi penyu bertelur; maka

marilah kita berikan sedikit masa pula kepada suatu yang lebih faedah iaitu melihat kembali fakta-fakta relevan Israk Mikraj yang bakal menjelma pada 27 Rejab, Mei ini.

Inilah fakta Israk Mikraj dari guru kita[1]:-

Maksudnya: Maha Suci Allah, yang Telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsa yang Telah kami berkati sekelilingnya [Maksudnya: Al Masjidil Aqsa dan daerah-daerah sekitarnya dapat berkat dari Allah dengan diturunkan nabi-nabi di negeri itu dan kesuburan tanahnya] agar kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) kami. Sesungguhnya dia adalah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui}. [Surah Al-Isra’: 01]

Saturday, May 10, 2014

Hudud: Beverly Hills Desak Sultan Brunei Jual Hotel



LOS ANGELES: Beverly Hills mendesak Sultan Brunei supaya menjual sebuah hotel di bandar di Amerika Syarikat yang didiami golongan kaya dan selebriti, selepas baginda memperkenalkan kanun keseksaan yang menggabungkan undang-undang syariah Islam, kata pegawai pada Khamis.

Bintang termasuk Jay Leno, Ellen DeGeneres dan hartawan perniagaan Richard Branson turut mendesak untuk memboikot rangkaian itu, yang memiliki Hotel Beverly Hills.



Friday, May 9, 2014

Rejab: Fakta-Fakta Releven



Dalam syok melayan isu-isu semasa dan kes-kes ‘hangat’ politik,  marilah kita perhatikan fakta-fakta relevan berkaitan bulan Rejab[1]. Kedatangan bulan Rejab ini sepatutnya menyedarkan kita untuk mulai merangka-rangka pelan dan perancangan ke arah menjadikan Ramadan 2014 sebagai Ramadan terbaik setakat tahun 2014. Mungkin juga sudah ramai diantara kita yang telah aktif membaca doa “Ya, Allah berkatilah pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan lah kami kepada Ramadan.”

Penjelasan Status Hadith Doa "berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya‘ban, dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan”[2]

Status: Hadith Munkar, bahkan sanadnya dha‘if jiddan. Hadith ini didha‘ifkan oleh ramai ahli hadith seperti Al-Tabarani, Al-Baihaqi, Ibn Rajab, Al-Nawawi dan lain-lain. Bahkan kata Imam Al-Baihaqi sebelum menyebutkan hadith ini dalam kitabnya Fadha’il Al-Awqat “Diriwayatkan berkenaan doa masuknya bulan Rejab, hadith yang tidak kuat (lemah)”.

Saya tukar agama, tapi saya tak tukar bangsa



Assalammualaykum to my dearest readers

Ok today.. my blog is regarding my name.

last month I went to collect my identity card from JPN. Alhamdulillah, it was done after such a long process.

Then..suddenly I recall an incident that happened when I was attending a talk regarding Shalat. This talk was registered by my boss from my working place ( All Praise to Allah, my boss sayang me so much and she reserved this ceramah agama seat for me )


Friday, April 18, 2014

Jangan ‘main ceduk’ apa saja ke bakul agama – Dr Mohd Asri Zainul Abidin



"April 17, 2014

Menjadi satu masalah yang besar apabila penceramah ataupun penulis mengutip semua cerita yang dia jumpa dalam buku tanpa mampu menilai kemunasabahannya. Bagi mereka yang tidak memahami disiplin ilmu, menganggap setiap yang ada dalam kitab itu sahih. Terbaru kita dengar ada pihak mempopularkan cerita memanggil arwah di Telaga Barahut (Barahut atau disebut juga Burhut seperti yang dinyatakan dalam Lisan al-'Arab).

Kononnya, ada orang memanggil roh dari telaga berkenaan untuk mengetahui di mana hartanya disimpan oleh kawannya sebelum dia meninggal dunia. Mungkin niatnya ikhlas, tapi cerita itu tidak berasas dan 'kartun' sekalipun disebut dalam beberapa kitab. Saya terbayang, jika ini benar, bolehlah kita pergi panggil roh-roh penumpang MH370 dan bertanya di manakah kapal terbang berkenaan hilang.

Thursday, February 13, 2014

Rukun Jual Beli


Rukun akad adalah satu unsur yang sangat penting kerana ia diibarat seumpama tiang kepada sebuah rumah dan rumah tersebut tidak akan kukuh sekiranya tiangnya tiada. Begitulah yang diibaratkan seperti akad jika ketiadaan rukun maka akad tidak akan terbentuk. Pada pandangan Hanafi, Rukun akad hanyalah satu sahaja iaitu ijab (tawaran) dan qabul (penerimaan).

Jumhur fuqaha’ selain Hanafi iaitu Maliki, Syafii dan Hanbali menyatakan bahawa rukun akad ada tiga dan Rukun-rukun tersebut adalah:

Thursday, January 30, 2014

Tulisan jawi perlu diarusperdanakan semula



KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) prihatin isu tulisan jawi semakin diancam kepupusan.

“Jelas proses ia terpupus ialah akibat tulisan rumi lebih menjadi pilihan,” ujar Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.

Malang lagi, katanya ialah akibat kerajaan sendiri yang tidak lagi memperakui tulisan jawi dalam pentadbiran dan program nasional.


Friday, January 17, 2014

Teringin untuk berhijab?



Saya pasti ramai yang free hair di sana ada keinginan untuk berhijab. Sebagai seorang perempuan, saya sangat paham ia suatu yang bukan mudah untuk dilakukan. Antara sebab yang biasa diberi adalah, tidak bersedia, hendak betul-betul ikhlas, takut nanti akan bukak tutup bukak tutup dan macam-macam lagi. Memang terlalu banyak dugaan dan hasutan dan tentunya diri kita yang cukup lemah untuk mengatasinya.


Monday, January 6, 2014

Mufti dan Bughah : Bagaimana Memahaminya?



[1]. Mufti adalah sebuah institusi yang terpandang dalam masyarakat. Peranannya selain mengeluarkan fatwa untuk merungkai kekusutan ummah dalam permasaalah agama, mufti juga bertanggungjawab membantu untuk menyatukan ummah, mendidik dan membimbing mereka kearah Islam agama yang Indah ini melalui fatwa dan pengarahan semasa dari Jabatan Mufti.