Pesanan Panaja

Monday, January 6, 2014

Ustaz moden: Untuk agama atau cari makan?



Wajah mereka kerap muncul di televisyen termasuk di siaran berbayar.

PETALING JAYA: Pendakwah atau juga dipanggil ustaz bukan lagi seorang individu yang berpakaian selekeh ataupun wajah yang tidak terurus dan kekampungan.

Mereka  berpakaian kemas siap dengan tali leher serta berkasut hitam berkilat. Kenderaan bukan lagi motosikal atau kereta Proton Saga tetapi kereta mewah.







Wajah mereka kerap muncul di televisyen termasuk di siaran berbayar.

Tempat dakwah atau ceramah bukan lagi di kampung-kampung tetapi di atas pentas serba moden.

Sesetengah individu menggelar pendakwah  `bangsawan agama’ yang cari makan atas nama agama dan  populariti.

Golongan ini menurut satu sumber, menuntut bayaran tinggi sehingga dikatakan mencecahribuan ringgit,  penginapan bertaraf hotel dan tuntutan membabitkan minyak, tol, makan dan sebagainya.

Bolehkah mereka mengenakan bayaran kepada orang ramai yang mahu mendapatkan ilmu agama daripada mereka?

Perlukah mereka  memakai pakaian serba moden termasuk berbaju berjenama dan berkot?

Pembantu Hal Ehwal Islam Pusat Dakwah Kedah, Khairul Amin berkata, pakaian pendakwah mesti mengikut perkembangan semasa iaitu seperti yang digemari oleh generasi sekarang ini.

Beliau berkata, dalam kehidupan sekarang masyarakat tidak gemar jika pendakwah memakai serban serta berjubah.

`Orang anggap negatif’

“Orang tidak suka kerana mereka anggap negatif,” katanya lagi.

“Kalau mereka tidak suka, kita kena ikut apa yang dia suka. Kalau mereka sudah suka boleh lah kita buat yang asal.

“Kita perlu terbuka sikit untuk tarik mereka kepada dakwah kita,” katanya lagi.

Mengulas mengenai pendakwah yang mengenakan bayaran, Khairul Amin berkata, mereka boleh menerima bayaran daripada tugas yang dilakukan itu.

“Hadis Nabi tidak larang kita terima bayaran dengan syarat harga tidak ditetapkan. Maksudnya mendapat persetujuan kedua-dua pihak.

“Orang yang panggi pendakwah pun kena faham…dulu kita naik unta, naik kuda tetapi kini naik kereta.

“Dan tidak semua mempunyai pendapatan tetap,” tambahnya lagi.-fmt

tranungkite

No comments:

Post a Comment