"Saya rasa tak ramai kalangan kita mengulas secara telus bekenaan ketiga-tiga sumber kekayaan ini. Ini kerana yang menulis tentu hendakkan outputnya. Maka peniaga emas akan promosi emasnya, pejual saham akan taksub dengan Unit amanahnya begitu juga spekulator hartanah.
Namun bagi saya ilmu itu adalah kekayaan yang bila disebarkan ia lebih bernilai dari segala bentuk harta.
Sebenarnya emas, hartanah dan saham mempunyai kelebihan tersendiri, Namun ianya banyak bergantung pada masa dan cara memanupulasikannya bahkan ianya saling bantu-membantu bila kita bergelumang dalam sistem ekonomi kapitalis. Jadi, menguasai ilmu dan meluaskan pengalaman adalah satu keperluan selagi nyawa dikandung badan.
Kita mungkin pernah membaca dan didedahkan dengan buku kejayaan tokoh-tokoh jutawan dunia seperti Warren Buffet dan sebagainya. Meskipun pendedahan yang dibuat tidaklah 100% apa yang dilaluinya tetapi mereka sepakat menyatakan sumber kekayaan dunia adalah emas, hartanah dan saham. Bagaimana pula dengan forex?Jawapannya ianya salah satu cabang untuk jadi kaya tetapi sebagai seorang Islam mengapa perlu kita terlibat dalam perkara yang ulamak sepakat mengatakan ianya haram. Begitulah juga kaedah menjadi jutawan segera seperti menipu, rasuah, kronisma dan terbabit dalam urusniaga yang ditegah syarak.
Realitinya sistem ekonomi kapitalis mempunyai kitaran yang boleh diramalkan meskipun sejak kebelakangan ini kitaran itu semakin mencabar. ketika ekonomi dunia jatuh pasaran saham dan hartanah turut terjejas. Namun harga emas akan menokok, manakala harga barangan keperluan terutama makanan akan melambung. Sebenarnya rutin fenomena inilah menjadikan orang kaya bertambah kaya dan miskin makin papa kedana. namun dicelah-celah itu bangkit orang yang berilmu untuk membina kekuatan tersendiri.
Bagaimana untuk manfaatkan kitaran ini? Jawapannya kita perlu mempunyai ilmu membeli ketika murah jual ketika tinggi. Bila ekonomi jatuh harga saham dan hartanah menjadi murah maka kita menjual emas dan membeli hartanah dan saham terpilih. Begitu juga sebaliknya.
Adakah kita perlu menunggu 10 tahun sekali sahaja?
Jawapan tidak. Ianya berlangsung hampir setiap minggu bahkan ada ketikanya setiap hari.
Bagaimana Memanipulasi Fenomena ini?
Perlu banyak membaca, berkawan dan membuat analisa. Kita juga sudah diajar untuk melakukan kebaikan secara berjemaah.
Contoh;
Bagi yang mahir dengan emas/perak pasti tahu bahawa dihujung/awal tahun harga emas akan jatuh maka kita akan beli. Bila harganya mencapai sasaran keuntungan 3-5% kita akan jual (bergantung kepada analisa berita).
Bila berlaku piliharaya atau sesuatu berita yang mejatuhkan harga saham sesuatu kaunter yang berpotensi kita akan beli. bila naik akan jual kembali.
Bagaimana sekiranya harga emas belum naik mengatasi paras keuntungan dikehendaki dalam masa sama harga saham jatuh akibat PRK Contoh PRK Kajang. Disinilah perlunya kita mengunakan perkhidmatan Arrahnu. Hasil wang pajak kita beli saham.
Macammana kalau saham dibeli terus jatuh Dan kita rugi? Disinilah kita kena ada ilmu dan ramai kawan yang boleh memberi info yang baik. Untung rugi adat berniaga. Konklusinya sekiranya kita mempunyai pegangan emas & bermain saham dengan ilmu kita sukar untuk rugi. Kerana kerugian disatu pelaburan akan dicover dengan perlaburan lain. Inilah sebenar tips kekayaan dunia. Bahkan ia juga membantu kekayaan di akhirat kelak sekiranya sebahagian rezeki yang diperolehi diinfakkan dalam perjuangan menegakkan Agama Allah.
Sekiranya kita bijak menguruskan harta yang sedikit akan berkembang. Sebenarnya ilmu seperti yang saya dedahkan ini sekiranya diketahui majoriti manusia. Sudah pasti Unit amanah sukar dijual. Skim cepat kaya tak mendapat sambutan bahkan dalam masa yang panjang sistem ekonomi kapitalis akan bermasaalah. Mengapa? Bila ramai pegang emas beerti harga emas sukar dimanipulasi akibatnya fiat money susut nilai. Manakala bila ramai bijak bermain saham jerung besar terpaksa mengepam wang bukan menyedut wang melalui IPO.
InsyaAllah Mudahan dikurnia rezki masa untuk saya akan berkongsi lagi ilmu."
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: bukitkeplu
Posted on Thursday, February 13 @ 17:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
No comments:
Post a Comment