Pada suatu masa dahulu terdapat
pelbagai jenis permainan tradisional yang menjadi permainan bagi setiap
masyarakat setempat. Permainan Gasing Leper adalah amat tersohor hanya di
sesetengah tempat dan dalam kajian saya adalah meliputi kawasan Kuala
Terengganu iaitu kawasan Kuala Nerus.
Saya sebagai anak jati negeri Terengganu yang
merupakan anak kelahiran dari kawasan Kuala Terengganu serta berasal dari
Kampung Jeram Tepoh ini juga telah terdedah
dengan permainan tersebut kerana ia melibatkan saya serta penduduk kampung sebagai
pemain ataupun penonton.
Kampung jeram Tepoh juga
dikenali sebagai Kampung Jeram Machang Setahun merupakan perkampungan yang
berada di luar bandar Kuala Terengganu yang pada suatu masa dahulunya sangat terkenal dengan permainan-permainan
tradisional seperti sepak raga, lumba perahu panjang, pencat silat dan
termasuklah gasing leper.
Gasing Leper adalah sangat
berbeza berbanding dengan gasing-gasing yang lain kerana berdasarkan kepada
saiz fizikalnya yang agak besar, bulat dan yang pasti mestilah berbentuk leper.
Gasing tersebut diperbuat daripada bermacam-macam jenis kayu seperti Meranti, Cengal
Merbau dan Keranji. Kayu-kayu yang hendak dibuat gasing tersebut mestilah
mempunyai kepadatan serta kekuatan dalam ketahanan kayu itu sendiri. Sebagai
contoh kayu Merbau adalah merupakan kayu yang keras tetapi liat, mudah dilarik
dan tidak mudah pecah atau tersepih.
Pada permulaan pembuatan ialah
dari sebongkah kayu yang akan dipotong mengikut saiz yang dikehendaki serta
akan dikeringkan terlebih dahulu selama lebih kurang tiga minggu. Selepas itu,
bongkah kayu tersebut akan dimesin dengan mengunakan mesin tradisional dan dibantu
dengan peralatan pertukangan yang lain seperti pahat, tukul dan lain-lain. Setelah
bentuk gasing sudah terbantuk, gasing tersebut akan digosok menggunakan kertas
pasir supaya ianya akan kelihatan lebih menarik.
Selepas itu langkah seteruskanya
ialah gasing tersebut akan dilengkapi dengan pertahanan iaitu diletakkan timah
yang berbentuk bulat dan panjang di sekeliling bahagian bawah gasing tersebut
(bahagian patak). Bahagian bawah sekali yang berbentuk tirus itu pula akan
diletakkan paku yang tumpul di tengah-tengah pusat bulatan sebagai tapak (paksi)
untuk gasing tersebut akan berdiri dengan tegap apabila ia berputar. Gasing
tersebut akan diimbangi dengan timah-timah tersebut.
Gambar di bawah
menunjukkan struktur sebuah gasing.
Selain daripada gasing tersebut,
peralatan lain juga perlu dalam permainan gasing leper ini seperti tali gasing
dan penyodok seperti ganbar di bawah. Tali gasing tersebut digunakan untuk
melilit gasing tersebut sebelum dibuang@dipusingkan dengan berdasarkan kepada
beberapa teknik tertentu kerana dengan mengikuti cara-cara yang betul akan
menjadikan gasing tersebut akan berpusing dengan baik.
Cara permainan ini dimainkan
adalah seakan-akan sama dengan permainan gasing-gasing yang lain tetapi yang
menjadi kelainanya ialah selepas gasing tersebut dipusingkan akan dicedok
dengan penyodok dan akan dipindahkan ke atas pinggang kaca yang diletakkan
sedikit minyak bagi melicinkan pusingan tersebut. Kebiasaannya permainan ini dimainkan
dalam dua kategori iaitu pemusingan bebas dan pemusingan memangkah.
Selepas gasing tersebut
dipusingkan sendirian atau dipusingkan dan dipangkah oleh pihak lawan sekiranya
gasing tersebut masih berpusing akan diambil dengan menggunakan penyodok gasing
dan diletakkan ditempat yang telah dikhaskan.Pengiraan pemenang bagi permainan
ini adalah berdasarkan kepada selama mana masa yang diambil bagi sesuatu gasing
setelah dipusingkan sehingga gasing tersebut akan berhenti berpusing.
Berikut adalah merupakan
beberapa langkah dalam permainan tradisional ini yang mempunyai keistimewaanya
yang tersendiri.
- Cara Bagaimana tali Gasing
dililit pada tangan dan dililit pada gasing serta cara hendak memusingkan
gasing tersebut.
- Teknik yang menarik dalam
melepaskan gasing ke bulatan gelanggang sambil diperhati oleh penonton yang
terdiri dari orang-orang kampong.
- Cara bagaimana gasing
tersebut dicedok dan diletakkan di atas pinggang serta ditempatkan di tempat
yang khas.
koleksi gambar
gasing leper & penyodok |
Cara melilit gasing leper |
permainan gasing leper |
menyodok gasing |
Tali gasing leper |
ada yang panggil gasing pangkah(video)
gasing mana yang paling lama berpusing..gasing itulah juara |
setelah di cedok diletakkan di atas pinggang kaca |
diletakkan pada kedudukan yang terbaik..seimbang |
tahu x nom fone utk tgk tmpt mmbuat gasing?
ReplyDeleteSalam, mohon copy penulisan berkaitan Gasing leper@pangkah Terengganu utk diterbitkan semula dipage JKKN Terengganu...
ReplyDelete