Sadd Al-Dharai’
Konsep yang pertama
ini dikenali dengan nama Sadd al-Dharai yang menurut Al-Qurtubi maksud sad
al-dharai ialah perkara yanag pada asalnya tidak ditegah melakukanya, namun
sekiranya ia mengandungi unsur-unsur yang boleh membawa kepada kerosakan, maka
ianya ditegah dari melakukanya.
Al-Syatibi pula
berpendapat Sadd al-dharai ialah menggunakan jalan kebaikan sebagai cara untuk
menghalang kerosakan. Bagi mereka yanag menerima Sadd al-Dharai ini sebagai satu
sumber hukum adalah berdasarkan kepada beberapa asas yang tertentu.
Mengikut para sahabat
berpendapat bahawa hukuman bunuh balas hendaklah dilaksanakan walaupun dalam
kes yang melibatkan satu kumpulan yang membunuh seorang sahaja mangsa,
sekalipun tidak ada persamaan di antara keduanya dalam hukuman bunuh balas.
Hukuman yang di ambil oleh sahabat ini adalah sebagai langkah untuk menghindari
berlakunya sekumpulan di kalangan manusia yang bersepakat untuk melakukan
pertumpahan darah.
Contohnya perbuatan zina
menjadi penyebab kepada percampuran nasab dan ketidakpastian status nasab
seseorang. Perbuatan ini sudah pasti merupakan jalan yang membawa ke arah
kerosakan dan juga membawa kepada kehamilan luar nikah seterusnya pembuagan
bayi yang melibatkan kes bunuh.
Bedasarkan konsep ini
mencegah adalah lebih baik dan menggunakan kebaikkan bagi mengelakkan
kejahatan. Seperti dalam kes pembuangan bayi ini jalan penyelesaian yang
terbaik adalah kembali kepada fitrah manusia yang sukakan kebaikkan serta
kembalikan kehidupan yang sebenar yang jauh dari dosa dan maksiat.
Sekiranya
manusia kembali kepada ajaran Islam yang sebenar segala kekalutan dan
permasalahan akan berjaya diselesaikan kerana Islam adalah agama yang inginkan
umatnya berkasih sayang sesama insane, saling perlu memerlukan serta menegakkan
yang hak dan menghindarkan yang batil dan setiap apa yang dibuat pasti ada
pembalasannya.
Maslahah
Mursalah
Kebanyakan
ulama berpendapat bahawa mengutamakan kepentingan masyarakat adalah merupakan
suatu hujah yang boleh dijadikan dalil hukum. Sekiranya ketiadaan nas, ijma’,
qiyas atau istihsan pada penyelesaian sesuatu isu akan menyebabkan kepentingan
umum boleh dipegang sebagai asas perhukuman.
Maslahah
yang tidak diterima atau tidak ditolak merupakan maslahah yang tidak
diperkatakan oleh nas sama ada memperakuinya atau pun membatalkannya.
Sebagai
contoh, penubuhan penjara bagi banduan. Tidak ada nas syarak yang mensyariatkan
hal tersebut dan tidak ada terdapat juga nas yang melarang atau mengharamkannya
namun padanya terdapat maslahah.
Perlu
difahami maslahah mursalah adlah merujuk kepada perkara yang dihasilkan manfaat
dan menolak kemudaratan. Maka segala peraturan dan undang-undang yang
memberikan kebaikan kepada manusia diterima sebagai suatu yang dilakukan
berasaskan maslahah mursalah.
Kepentingan
hidup manusia sentiasa bertambah dab tidak berhenti dari masa ke semasa. Jika
tidak diadakan peraturan untuk mengendalikanya, sudah tentu akan mengganggu
kepentingan hidup mereka, sedangkan hal seperti itu bertentangan dengan
kehendak syarak. Oleh itu beramal dengan maslahah mursalah akan boleh member
jaminan kepada kesejahteraan hidup bermasyarakat.
Kaedah
ini adlah amat sesuai digunakan berkaitan dengan kes pembuangan bayi kerana
segala peraturan yang baru yang lebih kepada kemaslahatanbersama seperti
memenjarakan kepada pesalah-pesalah yang telah membuangkan bayi tetapi tidak
terlibat dengan kematian bayi tersebut akan dipenjarakan supaya sepanjang dalam
tahanan dapat diterapkan dengan dengan unsure-unsur kemurnian Islam supaya
terbuka pintu-pintu hati mereka supaya sempat bertaubat dan menyesali di atas
apa yang telah mereka lakukan seperti pembuangan bayi ini.
Al-‘Urf
Kaedah
yang ketiga adalah al-urf yang membawa maksud merupakan perkara yang telah
tetap dan sebati dalam jiwa seseorang sehingga mereka selesa denganya. Lantaran
ia dilakukan berulang kali kerana dianggap baik oleh akal fikiran dan tidak
diingkari oleh mereka yang mempunyai perasaaan yang sejahtera.
Berdasarkan
kepada Riwayat Imam Ahmad yangmembawa maksud :
“Apa yang dilihat oleh
orang-orang Islam itu baik, maka baik di sisi Allah dan apa yang dilihat oleh
orang-orang Islam itu buruk, maka ia juga buruk di sisi Allah”
Maka
jelaslah di sini bahawa sesuatu yang menjadi kebiasaan manusia dan dihayati
dalam kehidupan mereka serta tidak bercanggah dengan nas-nas Syarak wajib yang
diambil kira dalam pembinaan hukum.
Dalam
konteks pembuangan bayi konsep ini adlah tidak sesuai kerana sudah sememangnya
kes pembuangan bayi ini adlah sangat kejam yang akan menyebabkan kematian atau
pembunuhan dengan sengaja.
Kita
lihat dari segi konteks kemasyarakatan hidup rakyat Malaysia, walaupun
seseorang itu telah mengadung tanpa nikah dan mereka telah menyesal dengan
kesilapan mereka sepatutnya keluarga akan memberi dorongan dan sokongan supaya
dapat bertaubat dengan kesilapan lampau dan sekiranya masyarakat Malaysia menjadikan
penerimaan kembali mangsa yang mengandung tanpa nikah ini sebagai suatu
kebiasaan bersandarkan kepada urf maka sudah pastilah isu pembuangan bayi tidak
akan berlaku kerana mendapat pembelaan dari keluarga.
Walaubagaimanapun
membasmi atau mencegah dari permulaan itu adlah amat perlu seperti member
didikan agama yang secukupnya, menjadikan ibubapa tauladan yang baik kepada
anak-anak, bersikap pemaaf, sentiasa memjaga kehormatan dan maruah diri serta
keluarga.InsyaAllah perkara seperti maksiat,zina dan pembuangan bayi akan dapat
di atasi kerana Islam adlah agama yang datangnya dari Allah s.w.t. yang
merupakan satu-satunya agama yang diterima olehNya.
No comments:
Post a Comment