http://senjoo22.blogspot.com/ |
Anak
merupakan anugerah kurniaan dari Allah s.w.t. kepada hamba-hamba yang boleh
dianggap sebagai rezeki kerana anak merupakan waris kepada setiap keturunan.
Walaubagaimanapun permasalahan isu pembuangan bayi semakin menjadi-jadi dan
seolah-olah tiada titik noktah kerana saban hari kita akan melihat dimedia
massa serta media eletronik.
Terdapat
banyak kes pembuangan bayi di mana-mana sahaja sehinggakan kerajaan Malaysia
mengambil keputusan jika disabitkan kesalahan akan dijatuhkan hukuman gantung
sampai mati kepada pesalah yang disabitkan membuang bayi hingga menyebabkan
kematian serta akan dianggap membunuh dengan sengaja.
Berdasarkan
kepada isu ini, setelah kajian dan penelitian dibuat maka dapatlah disimpulkan
bahawa setiap apa yang terjadi pasti ada sebab musababnya termasuklah kes
pembuangan bayi ini. Saya akan membahagikan faktor atau punca yang boleh
menggalakkan kes pembuangan bayi ini kepada tiga sudut iaitu kita akan lihat
dari sudut sosial,ekonomi dan politik.
Dari
Sudut Sosial
Institusi
kekeluargaan adalah sangat memainkan peranan yang besar dalam menggalakkan isu
ini akan lebih merbahaya kerana apa yang hendak saya tekankan di sini ialah
mengenai cara didikkan kepada anak-anak serta kurangnya ilmu agama yang di
terapkan ke dalam jiwa anak-anak.
Cara
mendidik anak-anak seakan-akan sudah tergelincir dari landasan yang sebenarnya
terutama didikan terhadap anak-anak lelaki yang merupakan bakal menjadi ketua
keluarga pada satu masa nanti. Sepatutnya didikan agama kepada anak lelaki
mesti dilebihkan berbanding dengan anak-anak perempuan kerana Islam menjuruskan
bagi lelaki menguruskan kaum perempuan, menjadi pemimpin keluarga serta bertanggungjawap
dalam pemberian nafkah kepada isteri.
Masyarakat
setempat juga memainkan peranan dalam membentuk satu masyarakat yang baik lagi
bijaksana berlandaskan Islam yang sebenar dan sangat bertepatan dengan Islam
adalah cara hidup umat Islam. Masyarakat kadang-kadang sangat terpengaruh
dengan budaya serta keegoan keluarga sehinggakan akan menyukarkan urusan
perkahwinan yang akan menyebabkan berlakunya penzinaan. Ketahuilah Nabi tidak
pernah menyusahkan umatnya untuk berkahwin. Sebagai contoh adik tidak boleh
kawin dulu sebelum kakaknya dikatakan akan langkah bendul, isu hantaran adik
mesti sama atau lebih dan tidak boleh kurang berbanding kakak atau saudara
terdekat dan mengikut kadar setempat dan lain-lain lagi.
Masyarakat
moden kini sudah tidak mengindahkan jiran tetangga kerana masih berpegang
dengan kata-kata ‘jangan jaga tepi kain orang’ uangkapan ini sangat salah kerana dalam islam kita dalah bersaudara dan
hendaklah kita saling saying-menyayangi, kasih-mengasihi serta saling tegur
menegur dalam kebaikan atau pun kemungkaran sekiranya berlaku tanpa disedari
dan hendaklah dibuang perasaan atau amalan yang tidak sihat ini.
Institusi
kekeluargaan yang merupakan punca gejala ini berlaku kerana berpunca dari
masalah dalam keluarga seperti perselisihan faham, pertengkaran atau pergaduhan
di antara suami dan isi yang secara tidak langsung akan member kesan negetif
terhadap anak-anak. Sehingga anak-anak tidak dapat diberikan tumpuan dan kasih
sayang disebabkan berlakunya keruntuhan rumah tanggan dan anak-anaklah yang
menjadi mangsa. Anak-anak tersebut akan menjadi tidak ada tempat untuk
bergantung dan tiada lagi kawalan dari ibubapa kerana masing-masing membawa
haluan masing-masing dan anak tidak lagi dihiraukan serta dibiarkan bebas
kemana sahaja tanpa apa batasan. Sekiranya permasalahn begini terjadi, maka
pasti kejadian zina, pembuangan bayi akan terus berlaku.
Sekiranya
permasalahan ini tidak diambil serius maka akan terjadilah gejala sosial yang
akan berleluasa dengan isu seperti bersekedudukan, zina, berfoya-foya,
kehamilan tanpa nikah samaada dari kes-kes rogol ataupun keterlanjuran dalam
perhubungan yang tidak terbatas dan seterusnya akanmenyumbang kepada
peningkatan pembuangan bayi.
Dari
Sudut Ekonomi & Politik
Permasalahan
yang timbul juga kita dapat lihat dari segi ekonomi yang sepatutnya tidak akan
timbul sekiranya umat islam berpegang teguh kepada Islam yang sebenar-benarnya.
Hal ini adalah berkaitan dengan proses penikahan atau pun perkahwinan yang
melibatkan perbelanjaan yang banyak sehinggakan membebankan kepada bakal
pengantin dan seterusnya akan menagguh dan terus menangguh sehinggalah
perbelanjaan cukup. Sepanjang penangguhan tesebutlah yang sangat membimbang
kita kerana bermacam-macam perkara yang boleh berlaku kerana keinginan mereka
untuk bersama adalah sangat kuat dan terbatas kerana perbelanjaan kawin dan
tidak mustahil penzinaan akan berlaku sekiranya tidak dikawal dengan iman.
Dari
sudut yang lain permasalahan jugak timbul dalam konteks prosedur penikahan yang
kadang-kadang menyukarkan kepada kedua-dua belah pihak untuk berkahwin secepat
mungkin kerana sudah berkemampuan. Bermacam-macam perlu ada dalam hendak
mengisi boring perkahwinan dan kadang wujudnya perbezaan di antara negeri
dengan negeri yang lain yang secara tidak langsung akan melambatkan
perkahwinan. Sebagai contoh dikehendaki surat akuan bujang dari majikan,
hendaklah menghadiri kursus perkahwinan serta bermacam-macam lagi yang akan
sentiasa dipantau pada dari masa ke semasa mengikut keperluan.
Kerajaan
juga adalah salah satu punca terjadinya isu ini berleluasa kerana kurangnya
tindakan yang serius yang telah diambil oleh pihak kerajaan dan apa yang lebih
gemar ditonjolkan oleh kirajaan yang berkaitan dengan Islam apabila
menguntungkan negara seperti zakat dan haji.
Sebagai
contoh, apabila diadakan perhimpunan besar seperti sambutan tahun baru dan hari
kemerdekaan, ia akan menjadi titik bertambahnya statistik remaja mengandung
anak luar nikah. Malam tersebut adalah seolah-olah malam untuk mereka memuaskan
nafsu bagi remaja dan tidak ketinggalan dengan pusat hiburan merata tempat
serta termasuklah jugalah dengan gejala samseng jalanan.
Golongan
agama juga memainkan peranan dalam membasmi segala kegiatan maksiat yang
merupakan punca pembuangan bayi disebabkan mengandung dari penzinaan.
Sepatutnya golongan agama dapat memainkan peranan dengan tegas lagi dalam
membasmi atau memantau punca gejala sosial seperti di pusat hiburan media yang
melampau. Apa yang kita lihat kini seolah-olah golongan agama ini tiadak berani
untuk menegur pengusaha pusat-pusat hiburan tersebut termasuklah rumah-rumah
judi dan pemegang saham arak kerana takut kepentingan diri tergugat dan
dikritik balik. Sebaliknya kedudukan undang-undang yang telah diwujudkan oleh
kerajaan tidak memberi kuasa penuh kepada golongan atau institusi agama dalam
membasmi tempat-tempat maksiat serta sekiranya penangkapan dibuat oleh golongan
tersebut seperti mereka yang melakukan kesilapan. Daripada itulah kegiatan
maksiat sukar dibendung dan dikawal.
Negara
kita sedang melalui zaman perubahan. Nilai-nilai agama akan semakin terhakis
dari masa ke semasa mengikut peredaran zaman. Andai kata nilai tersebut tidak
terhakis tetapi ia akan member satu nilai yang baru. Sekiranya perkara ini
terjadi, tidak dapat dinafikan suatu masa nanti Islam hanya akan mejadi cara
faham yang wujud dan manusia boleh memilih atau menolaknya. Sehinggalah sampai
ke satu peringkat di mana Islam akan menajadi Islam secular yang
akanmenyebabkan orang-orang yang beragama menerima rialiti secular pada
iklimnya iaitu anda hendak membuat perkara terlarang tidak apa tetapi saya
tidak akan melakukanya.
Punca
lain yang juga dianggap juga sebagai peyumbang dalam kenaikan angka kes
pembuangan bayi ialah mereka yang terlibat berasal dari keluarga yang
berpendapatan rendah, datangnya dari keluarga ibu atau bapa tunggal, ibu yang
tiada pendapatan serta dikategorikan juga dari keluaraga yang besar iaitu
mempunyai jumlah ahli keluarga yang ramai di antara empat hingga lapan orang.
Memang
tidak dinafikan permasalah ekonomi dan politk yang bersangkutan dengan
pengubalan undang, penetapan kuasa badan-badan serta struktur organisasi
masyarakat akan dapat menaikkan angka kes pembunagan bayi sekiranya tidakkan
yang keras dan tegas tidak diambil dengan kadar segera kerana membasmi lebih
baik dari merawat.
No comments:
Post a Comment