Pesanan Panaja

Thursday, February 13, 2014

Penetapan Kadar Mahar



Walaupun terdapat bebrapa buah negeri di Malaysia yang telah tidak meletakkan kadar mahar bagi setiap perkahwinan namun pada negeri-negeri yang lain sememangnya telah di tetapkan kadar mahar mengikut kadar maha anak dara dan janda. Kadar juga berbeza dan tidak sama apabila dibandingkan dengan setiap negeri ada yang tinggi, ada yang sederhana dan ada rendah.




Kalau dilihat berdasarkan kepada jadual di atas sememangnya Selangor adalah merupakan satu-satunya negeri yang mempunyai nilai kadar tertinggi yang telah disamakan antara yang anak dara mahu pun yang janda. Pada pendapat saya adalah sangat baik sekiranya penerimaan kadar mahar atau mas kahwin janganlah disamakan dengan wang hantaran kerana ianya adalah sangat berbeza antara ibadah dan adat.

Perkara yang panting ialah mas kahwin adalah ibadat yang diwajibkan dan terkandung dalam rukun nikah, sementara nilai wang hantaran adalah adat dalam istilah perkahwinan orang melayu. Jais telah menetapkan RM300 dan kadar itu untuk menyelaraskan semuala kadar mas kahwin mengikut perkembangan semasa.

Apa yang menjadi pelik apabila diletakkan mas kahwin sebanyak RM300 ramai masyarakat merungut dan masyarakat ini tidak sedar yang mereka seakan-akan berlumba untuk meletakkan nilai wang yang tinggi sehingga RM 10,000.00 hingga mencecah kepada RM80. Islam tidak menggalakkan umatnya meletakkan nilai wang & hantaran wang yang terlalu tinggu sehingga membebankan pihak lelaki.


Pada suatu masa dahulu RM80 itu adalah murah tetapi kadar mas kahwin sudah naik hampir RM200 peratus. Mereka pasti memikirkan tentang secara mendalam tentang wang yang sudah dilaburkan. Perkara sebegini, tidak langsung mampu mengurangkan kadar perceraian contohnya di negeri Selangor.


Peningkatan kadar mas kahwin adalah secara tidak langsung dapat mengangkat martabat kaum wanita di negara ini dan saya sangat bersetuju kerana sudah tiba masanya martabat wanita di angkat ke tahap yang lebih tinggi. Ini adalah kerana golongan wanita pada hari ini bukan lagi setakan seorang ibu sahaja kerana ada yang telah berjaya dalam segala bidang dan menjawat jawatan tinggi di pejabat-pejabat.

No comments:

Post a Comment