Pesanan Panaja

Showing posts with label mahar. Show all posts
Showing posts with label mahar. Show all posts

Thursday, February 13, 2014

Penetapan Kadar Mahar



Walaupun terdapat bebrapa buah negeri di Malaysia yang telah tidak meletakkan kadar mahar bagi setiap perkahwinan namun pada negeri-negeri yang lain sememangnya telah di tetapkan kadar mahar mengikut kadar maha anak dara dan janda. Kadar juga berbeza dan tidak sama apabila dibandingkan dengan setiap negeri ada yang tinggi, ada yang sederhana dan ada rendah.

Matlamat Pensyariatan Mahar



Mahar disyariatkan sebagai persiapan awal serta kesanggupan si suami untuk memikul tanggungjawap memberi nafkah dan membina rumahtangga. Mahar juga boleh mengembirakan hati si isteri yang sanggup meninggalkan keluarga untuk tinggal bersama suaminya. Jelas di sini mahar merupakan satu penghormatan dari seorang suami kepada isterinya. Pensyariatan mahar dalam sesuatu perkahwinan pasti mempunyai matlamat dan di antara matlamatnya ialah:

Definisi Mahar



Mahar berasal daripada perkataan arab yang mana dalam al-Quran istilah mahar ini disebut dengan perkataan al-sadaq, al-saduqah, al-nihlah, al-ajr, al-faridah dan al-‘aqd. Menurut istilah syarak pula mahar ialah suatu pemberian yang wajib diberikan oleh pihak suami kepada isteri dengan sebab penikahan. Mahar juga dikenali dengan nama mas kahwin.

Berdasarkan kepada tafsiran Akta Undang-undang Keluarga Islam wilayah persekutuan telah menyatakan bahawa ‘mas kahwin’ bermaksud pembayaran perkahwinan yang wajib dibayar di bawah hukum Syarak oleh si suami kepada si isteri pada masa perkahwinan di akad nikahkan, sama ada berupa wang yang sebenarnya dibayar atau diakui sebagai hutang dengan atau tanpa cagaran, atau berupa sesuatu yang menurut hukum Syarak dapat dinilai dengan wang.