Pesanan Panaja

Monday, May 4, 2015

Pelajar di Mesir ajak Lim Kit Siang peluk Islam


PETALING JAYA: Seorang pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pelajaran di Mesir menjemput Penasihat DAP, Lim Kit Siang memeluk Islam.

Ia dibuat ketika Ahli Parlimen Gelang Patah bersama pemimpin DAP lain termasuk Teresa Kok dan Zairil Khir Johari mengadakan program berjumpa pelajar-pelajar Islam di Asia Barat, baru-baru ini.

Pelajar berkenaan, Zaid Zainul Rashid merupakan ahli Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) di Mesir.

Dia memberanikan diri menghampiri Kit Siang selepas sesi soal jawab dan menjemput pemimpin politik veteran itu memeluk Islam.



“Saya ingin menjemput awak untuk memeluk Islam,” kata Zaid kepada Kit Siang seperti yang diceritakannya di akaun Facebook.

Dia berkata, Kit Siang seperti kurang jelas dengan pelawaaannya itu dan menundukkan kepala supaya dia mengulangi pertanyaan.

“Jemput saya peluk Islam ah? Jemputan..awak fikir perkara ini penting? Pada awak ini satu isu? Saya tidak fikir begitu. Betul? Tidak kira apa agama pun yang penting kita menjadi manusia yang baik, Betul?’ kata Kit Siang seperti yang ditulis Zaid.

Zaid berkata, dia cuba untuk meneruskan perbualan tetapi Kit Siang terus meninggalkannnya untuk berbual dengan pelajar lain yang turut hadir di program itu.

“Ok, terima kasih di atas jemputan itu (peluk Islam),” kata Kit Siang sambil tersenyum, tulis Zaid. - FMT





tranungkite

No comments:

Post a Comment