Pesanan Panaja

Showing posts with label berita semasa. Show all posts
Showing posts with label berita semasa. Show all posts

Thursday, January 14, 2016

8 Sebab Mengapa Penyokong Kelantan Perlu Terima Warna Merah Jambu



Bola sepak adalah sukan mahal. Oleh itu, pelbagai cara telah dilakukan oleh pasukan-pasukan bola sepak di Malaysia untuk menarik perhatian penaja.

Antara pasukan yang bergelut untuk mendapat penajaan pada mulanya adalah Kelantan.

Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa pernah mendedahkan dalam akaun Facebook beliau dan akaun Instagram The Red Warriors (TRW) mengenai kesukarannya untuk mencari penaja.

Friday, January 1, 2016

Apa Itu Timing Belt Dan Timing Chain


Tahukah anda terdapat 2 jenis timing dalam sistem enjin kita. Ia adalah timing belt dan juga timing chain.

TIMING CHAIN

Tidak perlu ditukar selagi belum berbunyi nyaring. Timing chain boleh bertahan sekurang-kurangnya sehingga 400,000 km atau lebih.

Timing chain terletak di dalam enjin. Jadi ia terendam sekali dengan minyak enjin. Selagi minyak enjin (minyak hitam) ditukar mengikut jadual dan menjaga kuantitinya dalam enjin, lagi lama rantai tersebut boleh bertahan. Pastikan anda ikuti cara penjagaan minyak hitam yang betul.

Saturday, December 26, 2015

Penerbangan pertama Rayani Air berlepas pagi Ahad


SEPANG: Syarikat penerbangan patuh syariah pertama di Malaysia, Rayani Air, melancarkan penerbangan sulungnya dari Kuala Lumpur ke Pulau Langkawi kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Pengarah Urusannya Jaafar Zamhari berkata penerbangan RN0600 itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), di sini, membawa kira-kira 150 penumpang termasuk 18 anak yatim dari Institut Taufik Islami, Klang serta petugas media.

Denda RM10,000 Jika Bungkus Makanan Dengan Kertas Akhbar


KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan menetapkan beberapa syarat dalam membenarkan pengendali makanan menggunakan kertas surat khabar untuk membungkus dan menyediakan makanan dan kegagalan mematuhi syarat itu bakal berdepan hukuman denda RM10,000 atau penjara dua tahun.

Thursday, November 5, 2015

Siaran TV Digital Percuma (MYTV) Bermula Sepenuhnya Awal Tahun Depan

CYBERJAYA: Rakyat Malaysia bakal menikmati siaran televisyen digital sepenuhnya secara percuma bermula awal tahun depan dengan adanya perkhidmatan siaran Televisyen Terestrial Digital yang akan dikendalikan oleh MYTV Broadcasting Sdn Bhd (MYTV).

Ketua Pegawai Operasi MYTV, Mohamed Redzwan Yahya bagaimanapun berkata untuk menikmati perkhidmatan tersebut, pengguna perlu terlebih dahulu memiliki set dekoder atau Set Top Box atau televisyen yang mampu menerima siaran digital secara langsung yang dikenali sebagai iDTV.

5 "Trik" Dealer Kereta Yang Semua Orang Perlu Tahu Untuk "Selamat" Semasa Membeli Kereta.

Membuat keputusan untuk kereta bukan perkara yang mudah.

Disebabkan itu di setiap tempat menjual kereta, anda akan menemui seseorang yang dipanggil "car dealer" yang mana bertujuan untuk memudahkan proses membuat keputusan dalam membeli kereta.

Pemuda Pas tegur HOT FM, Dr Shazril


 PETALING JAYA: Pemuda Pas menegur stesen radio, HOT FM, kerana menyiarkan program bersama doktor sakit puan pada 2 November lalu yang disifatkan tidak memberi manfaat kepada pendengar.

Ibu Bapa Pelajar Berang Pentadbiran Sekolah Adakan Solat Hajat Di LPT2

KUALA TERENGGANU: Gambar pelajar sekolah yang sedang membacakan surah Yasin di tepi jalan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) mengundang kemarahan ibu bapa.

Ibu bapa yang berang itu mendakwa pentadbiran sekolah bertindak tidak bertanggungjawab dan membahayakan nyawa pelajar.

Saturday, October 24, 2015

8 tempat yang ohsem di Barat Australia


Australia pada asalnya bukan hak milik mat-mat saleh yang ada disana sekarang ini. Australia merupakan kepulauan terbesar di dunia yang dahulunya diduduki oleh orang asal yang dikenali sebagai Aborigin Australia yang terkenal dengan boomerang dan kanggaroo.Akibat dari kekejaman bangsa yahudi yang mengahalau dan membunuh kaum pribumi secara besar-besaran disana,telah menyebabkan bangsa Aborigin ini yang tinggal sedikit itu hidup seperti terbuang dinegara sendiri.

Akan tetapi, dibarat Australia terdapat 8 tempat yang amat menakjubkan untuk dikunjungi untuk orang dewasa sahaja dan bukan berkeluarga. SubhanaAllah memang menarik.... 

Intipati Bajet 2016


KUALA LUMPUR - Berikut ialah intipati Bajet 2015 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat, hari ini.

Bajet 2015 bertemakan "Ekonomi Keperluan Rakyat".
    
 Bajet 2015 menggariskan tujuh strategi utama iaitu memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi, memantapkan tadbir urus fiskal, mengupaya modal insan dan keusahawanan, memperkasa agenda Bumiputera, memartabatkan peranan wanita, membangunkan program transformasi belia negara dan mensejahtera rakyat.
 

Jerebu Dijangka Pulih November Ini - Jabatan Meteorologi

KUALA LUMPUR: Masalah jerebu yang melanda negara dijangka berakhir November ini berikutan ketibaan angin monsun dari arah timur laut yang akan menolak udara tercemar ke selatan wilayah Malaysia.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Datuk Che Gayah Ismail berkata monsun timur laut dijangka bermula pada minggu pertama atau kedua November dan akan berakhir pada minggu kedua Mac 2016.

Tiada lagi bantuan persekolahan RM100 kepada semua

Bermula tahun depan, bantuan awal persekolahan 1Malaysia sebanyak RM100 yang diberikan kepada setiap murid sebelum ini, akan hanya diberi kepada mereka yang ibu bapa atau penjaganya yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan.

Wednesday, October 14, 2015

Hanya makan semut untuk terus hidup


GREAT VICTORIA - AUSTRALIA. Seorang pemburu yang sesat di sebuah padang pasir tanpa sebarang bekalan air hanya mampu makan semut hitam untuk terus hidup.

Menurut laporan CNN, Reginald Foggerdy, 62 datang ke padang pasir Great Victoria di barat Australia bersama abangnya minggu lalu.

Selipar kalimah Allah dibakar di Surabaya



Surabaya: Sebanyak 10,000 selipar yang mempunyai corak kalimah Allah di bahagian tapak dimusnahkan Pengurus Wilayah Nahdlatul Ulama (PWNU) Jawa Timur semalam. 

Ribuan selipar itu dirampas di sebuah pasar raya di kawasan Wringin Anom di Gresik sebelum dikumpulkan di hadapan pejabat PWNU.
Selipar itu menimbulkan kemarahan penduduk beragama Islam apabila dipasarkan syarikat Pradipta Perkasa Makmur sejak beberapa bulan lalu.

K’jaan kesan alkohol di sirap Paracetamol Royce Pharma



Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan mengarahkan syarikat Royce Pharma Sdn Bhd menarik balik sirap Paracetamol 120mg/5ml di pasaran kerana didapati mengandungi alkohol.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi kementerian itu Datuk Eisah A Rahman berkata kementerian telah mengarahkan syarikat tersebut memanggil balik semua produk berkenaan di pasaran dan fasiliti yang terbabit.

Tuesday, October 6, 2015

Apabila Ibu Jari Kaki Membengkok


Anda mungkin terlihat ibu jari kaki seseorang membengkok ke arah jari kelingking hingga kadang-kala bersilang dengan jari kaki yang di sebelahnya. Keadaan ini dikenali sebagai Hallux valgus.

Ia disebabkan oleh ketidakseimbangan pada otot dan urat tendon pada kaki tersebut. Pada peringkat awal ianya mungkin tidak menimbulkan sebarang masalah, namun keadaan ini bersifat progresif, semakin lama ibu jari pesakit akan semakin bengkok dan menyebabkan radang, kesakitan serta ‘Bursitis’. Bursitis ialah radang pada tisu bursa iaitu tisu pelapik antara kulit dan tulang ibu jari kaki.

Monday, October 5, 2015

Google Melancarkan Android 6.0 Marshmallow Untuk Pengguna Peranti Nexus


Google hari ini telah pun melancarkan secara rasminya kemaskini Android 6.0 Marshmallow untuk para pengguna peranti Nexus 5, Nexus 6, Nexus 7 (2013), Nexus 9 dan juga Nexus Player. Kemaskini ini akan ditawarkan secara berperingkat melalui OTA, dan pengguna turut boleh memuat-turun fail pemasangannya tersendiri dan memasang ia secara manual pada peranti mereka.

FAM didenda RM180,000, beraksi dalam stadium kosong


KUALA LUMPUR 5 Oktober - Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) didenda 40,000 Swiss Franc (RM180,000) serta diberi amaran oleh Persekutuan Bola sepak Antarabangsa (FIFA) selepas gagal mengawal keadaan ketika penyokong melakukan rusuhan sewaktu aksi kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 menentang Arab Saudi pada 8 September lalu. 

Cina Singapura Buat Petisyen Minta Hentikan Sembelih Korban


Beginilah keadaannya apabila kebebasan bersuara digunakan tanpa batasan waima menyentuh sensitiviti penganut agama lain kononnya ia terpaksa dibangkitkan atas nama hak asasi manusia.

Bagi yang tahu kisah nasib umat Islam di Singapura, pasti tahu bagaimana peritnya apabila kaum bukan Islam menjadi pemerintah mengharamkan azan dilaungkan menerusi pembesar suara di masjid sejak awal 1970-an.

Pulau Pinang wartakan larangan guna pembesar suara di masjid, selain azan


Keputusan larangan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau, kecuali untuk azan dan iqamat di Pulau Pinang, akan diwartakan tidak lama lagi.

Perkara itu dinyatakan melalui surat Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang bertarikh 1 September lalu, berhubung keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang bertarikh 1 dan 2 Julai serta disahkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang, pada 23 dan 24 Ogos lalu.
Surat yang memetik cabutan minit Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang itu menyebut, mesyuarat bersetuju Irsyad hukum yang diputuskan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri bertarikh 7 April 2011, mengenai larangan membaca Al-Quran sebelum Subuh menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau, perlu ditambah baik dengan memasukkan larangan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau, bagi semua program seperti qiamulail, tahajud, kuliah, mesyuarat dan seumpamanya.