Pesanan Panaja

Thursday, January 14, 2016

Misteri Tentang Tabut Allah Yang Dicari Oleh Puak Yahudi Hingga Kini


Freemason : Pencarian Tabut Di Tapak Masjid Al Aqsa
"Sesungguhnya tanda kerajaan Talut (yang menunjukkan benarnya dari Allah) itu ialah datangnya Peti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang memberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu, dan (berisi) sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi Musa dan Nabi Harun; Peti Tabut itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Peti Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu jika benar kamu golongan yang beriman." (Al-Baqarah: 248)




Rahsia Kuasa Yang Dicari Oleh Zionis
SIHIR... senjata super bagi pihak Yahudi-Mason untuk menguasai dunia pada akhir zaman. Impian Yahudi dalam mencapai KEKUASAAN yang selama ini telah dicabut oleh Allah S.W.T daripada mereka akibat kesesatan akidah golongan itu.

Motivasi paganistik-kabbalah yang mempercayai kesaktian Tabut. Mereka yang menemui Tabut dipercayai akan mendapat kekuatan mistik yang akan meresap ke dalam tubuh dan jiwa mereka.


YAHUDI Semakin Gila MENCARI Tabut Yang Di Bawa Malaikat3

Selama ini kaum zionis, masih menganggap bahawa Tabut adalah kurniaan atau mu’jizat yang diberikan Tuhan kepada orang-orang Yahudi.

Mereka meyakini apabila Tabut berjaya ditemui maka keagungan dan kejayaan mereka akan kembali dan dapat menguasai dunia lagi.

Namun, sekalipun Tabut masih ada dan Yahudi berjaya menemuinya, dengan akal waras kita mampu berfikir: Tidak mungkin Allah SWT memberikan rahmat dan mukjizat kepada bangsa yang terus membunuh nabi-nabi-Nya dan ingkar terhadap ajaran-Nya.

12-dan-bethel

(Gambar) Peta yang menunjukkan Kerajaan Israel (Kingdom of Israel) di utara dan Kerajaan Yehuda (Kingdom of Judah) di selatan. Dua negara hasil dari pecahan Kerajaan Bersatu (United Monarchy) bangsa Israel di bawah Raja Talut, Nabi Daud A.S dan Nabi Sulaiman A.S dahulu.

1) Terbentuknya Kerajaan Bersatu (United Monarchy) setelah Nabi Musa A.S membawa bangsa Israel ini melintasi Laut Merah untuk ke "TANAH YANG DIJANJIKAN" (The Promised Land).
Nabi Musa A.S telah menyerahkan tugas mengepalai bangsa Israel ini kepada Joshua, seorang panglima perang yang mengetuai bangsa Israel dalam peperangan menentang penduduk asal kawasan Tebing Barat kini, iaitu bangsa Kanaan (Canaanite) yang tidak beriman kepada Allah S.W.T.

Bangsa Kanaan adalah nenek moyang orang Filistin (Philistine) iaitu asal usul orang Arab Palestin kini. Setelah berjaya menduduki kawasan Kanaan itu (kawasan yang menjadi negara haram Israel kini), maka timbullah satu dilema di mana bangsa Israel yang mempunyai 12 suku (Tribes) ini tiada raja untuk memerintah.

Maka ketika itu seorang pengembala keldai yang bernama Talut (dalam Injil dipanggil Saul), telah diangkat menjadi Raja Pertama Israel oleh seorang Nabi (bukan Rasul) yang juga Kadi (hakim) Israel bernama Samuel.

Bagi menjadikan rakyat Israel taat kepada Talut yang asalnya seorang pengembala keldai ini, maka Allah telah kurniakannya PETI TABUT sebagai simbol PENYATUAN dan KEKUASAAN bagi Talut memerintah bangsa Israel.

Maka terbentuklah Kerajaan Bersatu (United Monarchy), iaitu sebuah negara dan kerajaan bangsa Israel yang sah sekitar tahun 1050 sebelum Masihi di kawasan Kanaan itu.

2) Apa yang uniknya PETI TABUT itu?
Mengikut komentar Allahyarham Abdullah Yusuf Ali (penterjemah Al-Quran ke Bahasa Inggeris yang terkenal), PETI TABUT atau juga dikenali dalam Bahasa Inggeris sebagai "The Ark of Covenant" ini diperbuat daripada kayu pokok akasia dan mempunyai jalur-jalur emas tulen.

Tudungnya yang keemasan itu dikatakan "Takhta Kasih" dari Allah S.W.T.

Ia mengandungi "PERNYATAAN TUHAN", iaitu Sepuluh Perintah (The Ten Commandments) yang terukir pada tablet-tablet batu di samping beberapa lagi peninggalan Nabi Musa A.S dan Nabi Harun A.S.

YAHUDI Semakin Gila MENCARI Tabut Yang Di Bawa Malaikat4

Ia dipercayai pernah dibawa oleh malaikat. Ia juga merupakan simbol KEAMANAN dan KETENTERAMAN dari Allah S.W.T kepada mereka yang beriman.

Namun golongan Yahudi-Zionist percaya bahawa PETI TABUT ini mengandungi pelbagai lagi rahsia yang merupakan kunci kepada ilmu-ilmu (mungkin ilmu metafizikal) para Nabi untuk mereka eksploitasi demi berkuasa di dunia ini sebagai "UMAT YANG TERPILIH".

Oleh sebab itu sehingga kini, adalah satu impian bagi golongan Yahudi-Zionist ini untuk menemui kembali PETI TABUT yang telah hilang sejak Jerusalem (Baitulmaqdis) diserang oleh Empayar Babilonia Baru (Neo Babylonian Empire) pada tahun 586 sebelum Masihi.

3) Setelah kematian Talut, Kerajaan Bersatu ini diperintah pula oleh Nabi Daud A.S (King David) dan anaknya Nabi Sulaiman A.S (King Solomon).
Nabi Daud A.S diberikan kelebihan untuk melembutkan besi, kerana itu mengikut sumber Israeliyyat (Sejarah Israel), Nabi Daud A.S merupakan manusia pertama yang membuat baju rantai besi (chainmail).

Nabi Daud A.S juga dikurniakan suara yang merdu sehinggakan pada zaman itu, syariat agama Allah melalui Kitab Zabur (Psalms) adalah beribadat secara nyanyian. Ketika inilah Nabi Daud A.S menggunakan simbol Bintang Daud (Star of David) sebagai cop mohor kerajaannya.

Kini simbol bintang itu telah diambil oleh Zionist&Mason sebagai lambang negara haram Israel mereka.

Nabi Sulaiman A.S pula dikurniakan pelbagai mukjizat termasuk boleh mengawal angin, burung-burung serta jin. Kerana kebolehannya untuk berkomunikasi dengan jin, maka Haikal Sulaiman, juga dipanggil sebagai Istana Nabi Sulaiman atau Kuil Sulaiman (King Solomon's Temple) telah dibina oleh jin berdasarkan corak binaan dan teknologi dari alam jin.

Itulah yang menjadi kekaguman golongan Yahudi-Mason untuk mendapat kekuasaan mengawal alam jin ini seperti yang pernah dilakukan oleh Nabi Sulaiman A.S, walaupun secara hakikatnya kebolehan Nabi Sulaiman A.S itu merupakan mukjizat kurniaan Allah S.W.T, bukannya ilmu sihir yang boleh dipelajari.

(Gambar) Lakaran abad ke-19 yang menunjukkan bentuk peti Tabut (The Ark of Covenant). Mungkinkah ia dapat dijumpai dan berbentuk seperti ini?

(Gambar) Lakaran abad ke-19 yang menunjukkan bentuk peti Tabut (The Ark of Covenant). Mungkinkah ia dapat dijumpai dan berbentuk seperti ini?

4) Golongan Yahudi ini percaya bahawa segala kemahiran dan mukjizat para Nabi mereka dahulu dapat dipelajari dan digunakan oleh mereka yang mengkaji.
Ini kerana segala ilmu-ilmu serta kebolehan-kebolehan luar biasa para Nabi ini dapat menjadikan alam ini dibawah kawalan mereka.

Kebanyakan ilmu-ilmu para Nabi ini berbentuk ilmu metafizikal yang dapat melawan hukum alam yang lazim.

Kecenderungan Yahudi-Mason ini juga mungkin berasal dari pengalaman bangsa mereka yang pernah berada dibawah perhambaan oleh bangsa Mesir dan Babilonia yang terkenal dengan ilmu-ilmu SIHIR yang telah berjaya menundukkan musuh-musuh tamadun mereka.

Agenda Zionisme ini secara tidak langsung merupakan manifestasi BALAS DENDAM terhadap manusia lain yang kononnya selama ini menindas mereka sejak munculnya bangsa mereka ini dalam sejarah tamadun manusia.

Bangsa Israel (kini golongan Yahudi-Zionist) seolah-olah tidak dapat membezakan antara mukjizat Nabi, karamah dan ilmu sihir.

Mereka anggap semua itu adalah satu sumber kuasa metafizikal untuk mengawal alam ini dan manusia lainnya. Mereka menjadi golongan manusia yang angkuh untuk mencapai kekuasaan kerana percaya bahawa mereka adalah "UMAT YANG TERPILIH" untuk menjadi tuan di muka bumi ini.

Maklumlah, majoriti Nabi pun berasal dari bangsa mereka dan bangsa mereka adalah satu-satunya golongan manusia di atas muka bumi ini yang pernah memakan hidangan dari syurga iaitu "Manna Was Salwa" dan diberikan beberapa kelebihan berbanding manusia lain secara fitrahnya.

5) Apa yang terjadi sesudah Nabi Sulaiman A.S meninggal dunia?
Kerajaan Bersatu bangsa Israel ini berpecah menjadi dua negara yang berasingan akibat perang saudara untuk merebut takhta Nabi Sulaiman A.S itu.

Di bahagian utara terbentuk Kerajaan Israel (Kingdom of Israel) yang mengandungi 10 suku bangsa Israel dengan ibu kotanya di Samaria (Shomron).

Manakala di bahagian selatannya terbentuk Kerajaan Yehuda (Kingdom of Judah) yang mengandungi 2 suku bangsa Israel dengan ibu kotanya di Jerusalem, tempat Haikal Sulaiman itu berada di atas Bukit Zion.

YAHUDI Semakin Gila MENCARI Tabut Yang Di Bawa Malaikat

Haikal Sulaiman merupakan tempat terakhir PETI TABUT ini disimpan sebelum ia dikatakan hilang setelah Kerajaan Yehuda diserang oleh Raja Nebuchadnezzar II dari Empayar Babilonia Baru.

Binaan asal Haikal Sulaiman oleh jin itu telah diruntuhkan dalam serangan tersebut. Dari Kerajaan Yehuda inilah penduduknya digelar sebagai orang Yehuda atau Judea (oleh orang Rom dan Yunani) dan akhirnya memunculkan perkataan "Jew" dalam Bahasa Inggeris.

Mereka inilah yang kita panggil YAHUDI pada hari ini, iaitu subset daripada bangsa Israel yang asal.

Tetapi istilah itu telah menjadi universal sehinggakan sesiapa sahaja yang mempunyai darah dari bangsa Israel ini akan digelar "Jew" (Yahudi) oleh masyarakat dunia kini. Sedangkan secara realitinya tidak semua suku dalam bangsa Israel itu Yahudi dan tidak semua Yahudi adalah pendukung Zionisme @Freemasonry.

6) Ke mana pula perginya 10 suku bangsa Israel dari Kerajaan Israel?
Mereka telah hilang, hilang secara identitinya apabila Kerajaan Israel itu diserang oleh Empayar Assyria dari arah utara, dan 10 suku tersebut telah dipindahkan ke arah timur sebagai tawanan perang hingga ke kawasan Khorasan (kini meliputi Iran, Afghanistan, Pakistan, Iraq sehingga Kashmir).

Serangan yang meruntuhkan Kerajaan Israel itu berlaku 134 ratus tahun sebelum Kerajaan Yehuda diserang oleh Empayar Babilonia Baru.

Oleh itu, dikatakan sisa daripada bangsa Israel yang masih wujud (secara identitinya) hingga ke hari ini adalah golongan Yahudi ini tadi yang telah pun menyebar ke serata dunia setelah berlaku DIASPORA sebaik sahaja Kerajaan Yehuda mereka diserang.

Golongan pendita Yahudi di Haikal Sulaiman inilah yang membentuk satu golongan agama elit yang akhirnya telah mencipta kitab Talmud, iaitu kitab tafsiran para pendita terhadap ajaran Taurat (Torah) yang telah dipesongkan menjadi kitab sihir.

Ajaran Talmud ini meresapi akidah agama Yahudi sehingga berkembang dengan pesat ketika golongan Yahudi ini berada di dalam tawanan bangsa Babilonia.

Sebelum itu, telah ada fahaman-fahaman sesat dari golongan Yahudi elit yang menduduki Haikal Sulaiman tersebut sebagai pendita.

Kebanyakan fahaman-fahaman ini bersifat mistik dan bercampur dengan ilmu-ilmu sihir dari zaman mereka menjadi hamba di Mesir dahulu.

(Gambar) Impresi pelukis terhadap reka bentuk Haikal Sulaiman (King Solomon's Temple) yang kini runtuhannya berada di bawah Masjid Al-Aqsa (Dome of Rock) di sekitar Bukit Zion.

Di sinilah punca kepada segala KEKUASAAN yang dicari oleh Yahudi-Zionist-Freemason selama ini untuk mendominasi dunia pada Akhir Zaman.

7) Oleh kerana kesesatan yang berlaku inilah maka kita faham mengapa Allah S.W.T telah menurunkan bala kepada bangsa Israel sehingga hancurnya dua negara serumpun mereka iaitu Kerajaan Yehuda dan Kerajaan Israel.
Dan Allah S.W.T telah mentakdirkan mereka kehilangan PETI TABUT tersebut yang selama ini merupakan simbol sahnya "KETUANAN" mereka ke atas tanah bekas bangsa Kanaan ini.

Hilangnya PETI TABUT tersebut merupakan petanda bahawa bangsa Israel (kini majoriti Yahudi) tidak mempunyai "HAK" ke atas tanah keturunan bangsa Arab Palestin itu.

Tidak seperti bangsa Kanaan, iaitu nenek moyang mereka dahulu, bangsa Arab Palestin kini adalah antara golongan manusia yang beriman kepada keesaan Allah S.W.T (majoriti Muslim dan Ahli Kitab) dan berhak ke atas tanah mereka tersebut.

Bagi orang Yahudi yang masih beriman kepada Taurat dan Injil (Gospel) pula, mereka mengakui bahawa hanya kemunculan Nabi Isa A.S pada Akhir Zaman yang dapat mengembalikan mereka ke "TANAH YANG DIJANJIKAN" itu bersama manusia-manusia lain yang beriman.

Pembentukan negara haram Yahudi-Zionist yang menggunakan istilah ISRAEL itu hanyalah satu muslihat agar keturunan 10 suku-suku bangsa Israel yang telah hilang bertebaran serata dunia tersebut akan berasa sentimental dengan nama negara itu yang sama dengan nama bangsa nenek moyang mereka dan berusaha untuk kembali bersatu bagi memenuhi kerakyatan negara Israel tersebut, lantas ia akan memberi tekanan kepada ruang hidup bangsa Arab Palestin di sekitar sempadan negara haram tersebut.

8) Ini sebagai persediaan untuk membentuk pemerintahan dunia (NEW WORLD ORDER) yang berpusat dari Haikal Sulaiman yang terletak di atas Bukit Zion di Jerusalem dengan segala KEKUASAAN sains dan teknologi serta ilmu-limu metafizikal (ilmu sihir).
Ia adalah sebuah negara yang sedang bersedia menerima kedatangan Al-Masih Ad-Dajjal (The Anti-Christ) yang bakal mengetuai Yahudi-Zionist dalam mencengkam dunia Akhir Zaman ini supaya tunduk kepada kesesatan Iblis (Lucifer).

Oleh kerana itu kerja-kerja pengalian dan pengorekan sedang giat dilakukan oleh pihak berkuasa negara Israel di sekitar Masjid Al-Aqsa (Dome of Rock) terutama di bahagian bawah bukit Zion tersebut yang dikatakan tempat asal Haikal Sulaiman.

Runtuhan Haikal Sulaiman dipercayai mengandungi pelbagai khazanah ilmu (kononnya ilmu mukjizat) para Nabi dari bangsa Israel.

Mereka juga berharap dapat menemui kembali PETI TABUT, sebagai mengesahkan kependudukan mereka ke atas tanah bekas bangsa Kanaan (nenek moyang Arab Palestin) ini.

Dengan adanya PETI TABUT tersebut, maka Yahudi-Zionist-Mason akan dapat menghalalkan rampasan tanah penduduk Arab Palestin atas nama Tuhan, kononnya seperti ketika Tuhan memberi "KETUANAN" dan "HAK" melalui PETI TABUT itu kepada Talut untuk memerintah Kerajaan Bersatu bangsa Israel di tanah yang sama suatu masa dahulu.

Inilah agenda sebenar Zionisme Antarabangsa dalam mencorak sejarah, agama, ekonomi, sosial, teknologi, mentaliti dan juga nilai-nilai kemanusiaan agar menjadi terpesong dan tunduk kepada mereka di Akhir Zaman.

Sehingga ke hari ini, PETI TABUT yang disahkan asli masih gagal ditemui.

Siapakah Bakal Mengeluarkannya?
Yang akan mengeluarkan tabut itu nanti ialah Imam kita, Imamul Mahdi Al-Muntazar. Allah akan memberi kurnia kepadanya untuk mengeluarkan tabut itu dari tempat tersimpannya sebagai bukti bahawa dia adalah IMAM MAHDI AL-MUNTAZAR.

Apakah Kandungan Tabut?
Peti Tabut mengandungi dua buah batu Loh yang tertulis 10 wasiat Allah kepada Nabi Musa, sebatang tongkat Nabi Musa a.s yang digunakan untuk membelah Laut Merah, serban Nabi Harun a.s dan sedikit makanan yang diturunkan dari langit untuk Nabi Musa a.s dan pengikutnya ketika mereka tersesat di padang pasir Teh 10 wasiat itu telah kami siarkan.

Keistimewaan lain Bani Israel percaya bahawa Peti Tabut mempunyai banyak keistimewaannya. Mereka percaya bahawa barang siapa yang dapat memiliki Peti Tabut akan mendapat keberkatan dan pertolongan dari Allah swt. Jika dibawa berperang,ia boleh memberikan ketenangan, ketenteraman dan semangat serta mampu mengalahkan musuh.

Kebiadapan Israel Terhadap Tabut
Malangnya, Bani Israel tidak tahu mensyukuri anugerah yang diberikan itu. Mereka mengingkari segala perintah Allah s.w.t.. Mereka banyak memalsukan kitab suci mereka. Mereka juga ingkar dengan ajaran Nabi Samuel.

Pada zaman tersebut, Nabi Samuel diutuskan oleh Allah untuk menyeru mereka ke jalan kebenaran. Semasa kecil Nabi Samuel telah dididik dan dibesarkan oleh para alim-ulamak. Baginda kemudiannya diajar dengan ajaran Nabi Musa dan juga kitab sucinya iaitu Taurat.

Setelah dewasa dan menjadi utusan Allah, Nabi Samuel mula berdakwah kepada Bani Israel supaya menyembah Allah tetapi mereka ingkar. Malah, mereka tidak percaya akan kenabian Nabi Samuel. Mereka menuduhnya sebagai pendusta. Bani Israel telah mencabarnya agar menunjukkan bukti kenabiannya. Lalu Allah menarik balik keistimewaan yang diberikan kepada Bani Israel itu.

DIA menukarkannya dengan memberi kekuatan dan keberanian kepada orang-orang Filistin (Palestin). Ketika Filistin berperang dengan Bani Israel, mereka berjaya mengalahkan Bani Israel. Bani Israel telah diusir dari Jerusalem. Tabut yang menjadi azimat mereka selama ini telah dirampas. Kemudian sesuatu telah berlaku.

Orang-orang Filistin mendapat bala kerana menyentuh & mempersendakan tabut tersebut. Tabut Nabi Musa itu kemudiannya direbut kembali oleh Bani Israel sesudah mereka insaf dan bertaubat. Tetapi perangai degil mereka itu selalu berterusan.

Seterusnya Bani Israel mempersendakan perintah Nabi Samuel sebagai pemimpin mereka. Maka Allah telah menghantar musuh yang lebih besar kepada mereka.


No comments:

Post a Comment