Jika air surut, akan kelihatan tapak istana di Sg Merbuk yg berhampiran dengan Pulau Tiga yang dipercayai istana Sultan yang telah dirobohkan oleh tentera thai sekitar 1876-1881 sewaktu negeri kedah dijajah oleh tentera thai.
Sungai Merbok adalah sebuah sungai yang terletak di utara bandar Sungai Petani dalam negeri Kedah Darulaman. Dengan kelebaran hampir kurang lebih 1 km disesetengah tempat ia menjadi laluan mudah bagi kapal-kapal layar yang besar dizaman dahulu untuk mudik ke hulu. Sungai ini di kualanya terletak kawasan peranginan Pantai Merdeka di selatan dan Tanjung Dawai di Utaranya. Sekiranya kita memudikki sungai ini dari kuala ke hulu sungai, dikanan kita adalah Kuala Muda sementara di kiri ialah Lembah Bujang. Memang ada pun nama kampung seperti Kg Pengkalan Bujang dan Kg Segantang Garam dikiri sungai ini.