Pesanan Panaja

Showing posts with label ustaz popular. Show all posts
Showing posts with label ustaz popular. Show all posts

Tuesday, April 15, 2014

Surat Terbuka Untuk Ostad Don



Bismillahir rahmanirrahim. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Salaam a'laikum warah matullahi wabarakatuh.

Ke hadapan Ostad Don Daniyal yang dihormati, moga anda dan keluarga berada di bawah lembayung kasih sayang dan rahmatNya, InshaAllah.


Wahai Ostad,
Baru-baru ini seantero Tanah Melayu gempar dengan dua dakwaan anda:

Bani Tamim itu merujuk kepada Tanah Melayu
Fatwa Syaikh Ali Jumaah tentang halalnya darah ikhwan itu benar

Saya tidak mahu mengulas panjang perkara nombor satu itu, memandangkan sudah ramai cerdik pandai dan tokoh-tokoh agama menegur dan mengkritik anda untuk itu. InshaAllah saya yakin ostad dapat menerima teguran-teguran yang dilontarkan dengan baik dan berlapang dada. Cuma saya masih ternanti-nanti sekiranya ada video atau rakaman suara anda yang meminta maaf dan menarik balik kenyataan itu. Sekiranya ada, bolehlah sesiapa letak pautannya pada ruangan komen post ini.