Pesanan Panaja

Wednesday, November 16, 2011

Ijab dan Qabul (JualBeli)

Ijab dan qabul berperanan sebagai sighah akad iaitu ungkapan-ungkapan yang menunjukkan persetujuan dan persepakatan dua pihak yang berkontrak. Para fuqaha’ berbeza pendapat dalam memberikan definisi ijab dan qabul.

Sighah akad ialah apa jua cara yang digunakan untuk berakad sama ada berupa perkataan, perbuatan atau sebagainya. Perlu kita fahami bahawa apa yang tersirat dalam hati seseorang tidak akan diketahui oleh orang lain. Ia hanya dapat diketahui jika ia dikeluarkan dalam bentuk perkataan, perbuatan dan sebagainya.


Terdapat hadis Rasulullah s.a.w. mengenai saling merelakan dalam ijab dan qabul yang membawa maksud :

    “…sesungguhnya jual beli hanya sah dengan saling merelakan.”
                                                                                               (HR. Ibnu Hibban dan Ibnu Majah)

Berakad menggunakan perkataan

Akad ini membawa maksud dalam bentuk lisan mahupun tulisan. Akad akan sah sekiranya kata-kata yang dikeluarkan oleh pihak yang berakad dapat difahami dengan jelas. Para fuqaha berpendapat apa jua lafaz boleh digunakan ketika berakad dengan syarat setiap perkataan itu dapat difahami dengan jelas.

Sebagai contoh dalam penggunaan lafaz hibah (pemberian percuma/hadiah) dalam akad jual beli. Ahmah berkata “saya hibahkan buku ini kepada awak dengan harga RM20” ianya adalah merupakan akad jual beli kerana pemberian itu disertai dengan bayaran dan bukanlah akad hibah.

Zahirkan maksud dengan tulisan

Apabila dibicarakan tentang tulisan ianya adalah jalan yang terbaik dari secara lisan seperti surat dokumen bertulis dan apa sahaja selagi mudah difahami. Penggunaan tulisan boleh digunakan oleh kedua-dua belah pihak atau pun sebelah pihak sahaja, walaupun mereka mempunyai kemampuan untuk bercakap.Sekiranya penerimaan terhadap sesuatu tawaran yang dibuat melalui surat mestilah dilakukan dengan kadar segera yang munasabah.

Berakad dengan perbuatan

Berakad melalui perbuatan ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu menggunakan bahasa isyarat dan unjuk-menunjuk.

Bahasa Isyarat

Berakad dengan menggunakan bahasa isyarat iaitu dengan cara pergerakkan tangan, kepala ataupun bibir. Sekiranya seseorang itu mampu bercakap, akad tidak akan sah mengikut pandangan Hanafi, Syafie dan Hambali. Sekiranya seseorang itu tidak mampu bercakap dan tidak tahu menulis, akad adalah sah dengan menggunakan bahasa isyarat. Sekiranya tidak mampu bercakap sedangkan berkemahiran dalam menulis, akad adalah sah mengikut pandangan Maliki, Syafi’I, Hanbali dan kenyakkan para fuqaha dan akad jadi tidak sah sekiranya mengikut pandangan Hanafi.

Unjuk-mengunjuk

Berakad secara unjuk-mengunjuk adalah merupakan salah satu dari berakad  mengikut perbuatan. Unjuk-mengunjuk ialah tingkahlaku yang hanya melibatkan perbuatan tanpa melafazkan perkataan. Ianya adalah berbeza berbanding bahasa isyarat kerana tindakan mengambil sesuatu dan memberikanya kepada pihak yang lain.

Contoh yang paling mudah untuk kita fahami ialah seperti kita membeli belah dipasaraya. Kalau dilihat proses pembelian tanpa menggunakan percakapan ataupun lafaz dan apa yang berlaku adalah dalam bentuk tindakan atau perbuatan. Inilah yang dikatakan akad unjuk-mengunjuk kerana masing-masing sudah saling faham memahami.

Berakad cara berdiam diri

Berakad dengan cara berdiam diri bermaksud satu pihak berdiam diri semasa akad jual beli dibuat dan tidak akan melibatkan kedua-dua belah pihak berdiam diri. Terdapat percanggahan pendapat di antara para fuqaha kerana dengan berdiam diri tidak mampu menggambarkan kehendak yang sebenar-benarnya dan  mereka berpandangan dari segi hukum asal iaitu tidak sah berakad dengan cara berdiam diri.

Walaubagaimanapun cara ini boleh digunapakai dalam situasi-situasi yang tertentu dan cara ini hanya boleh dilakukan oleh pihak yang menerima dan bukan kepada pihak yang membuat tawaran. Sebagai contoh, jika suatu harta yang telah diwakafkan kepada pihak tertentu dan pihak tersebut (penerima wakaf) ada semasa akad wakaf dilakukan, maka akad tersebut adalah tetap sah walau penerima wakaf hanya berdiam diri sahaja.

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. Ust, saye ingin bertanya, adakah akad jual beli perlu dibuat antara pelanggan dgn wakil bank semasa mbuat pinjaman drp bank islam? Sprt yg diketahui, bank2 islam tidak memberi pinjaman sebaliknya pembiayaan. Bank islam mggunakan duit yg didptkn drp org ramai utk mbeli asset. Asset itu dijual kpd plggan. Kebanyakkan org tidak mgetahui ttg asset yg dibeli kerana tidak membaca kontrak. Begitu jga dgn sye, semasa menandatangani surat pjanjian, sye menurunkn tndatgn tanpa mbaca dgn teliti pjanjian tsebut, kerana yakin ianya adalh islamik. Pemahaman saya ketika itu, adalah saya sedang membuat pinjaman dgn bank islamik.. beberapa lama kemudian, hasil pembacaan dr laman web, sye menyedari bahawa pinjaman yg saya bt dgn bank islam itu sbenarnya adalah pembiayaan.. Soalan saye, bolehkh sye mggunakn duit tsebut, kerana tiada lafaz akad jual beli disebut semasa saye berurusan dgn wakil bank tsebut. ( atau mgkin ade dinyatakn secara btulis dlm surat pjanjian, tetapi sye tidak mbacanya dgn teliti).. dan semasa itu saya ingatkan sye sdg membuat pinjaman drp bank bkn pembiayaan drp bank..

    ReplyDelete