Pesanan Panaja

Wednesday, November 16, 2011

Subjek Akad(JualBeli)

Subjek akad ialah sasaran utama yang berlaku ke atasnya akad dan sebagai contoh seperti barang jualan dan harga jualan. Manakala dalam sewaan pula manfaat dan bayaran adalah merupakan subjek akad. Subjek akad adalah berbeza mengikut jenis akad, ada yang berbentuk material, manfaat, kerja atau khidmat. Terdapat banyak syarat subjek akad dan diantaranya ialah :



1- Subjek akad hendaklah suatu yang tidak berlawan dengan kehendak itu sendiri dan juga hukum syarak kerana setiap akad menpunyai tuntutan tertentu dan sesuatu itu tidak sah sekiranya subjek akad tidak selaras dengan kehendak akad.
Percanggahan subjek akad dengan kehendak akad boleh berlaku dalam dua keadaan iaitu benda yang termasuk benda yang diharamkan dalam Islam seperti arak, babi dan seumpamanya dan sifat benda kerana tidak bersesuaian dengan hukum akad tertentu seperti benda yang cepat rosak atau tidak boleh digadai.
2- Benda yang berkenaan ada semasa akad dilakukan dan ini adalah bukan syarat mutlak kerana terdapat perbezaan pendapat daripada para fuqaha dan persepakatan pendapat mengenai sesuatu yang mustahil akan wujud tidak boleh dijadikan subjek akad.
Jika subjek dalam bentuk manfaat syarat in tidak perlu kerana kebiasaan manfaat itu sendiri tidak wujud sekali tetapi akan datang kemudian. Seandainya subjek akad dalam bentuk material, terdapat perbezaan pendapat dikalangan para fuqaha.
3- Kedua-dua pihak mempunyai maklumat lengkap mengenai subjek akad yang bermaksud jika pihak yang berakad tidak tahu apa yang dijadikan subjek akad, maka akad tersebut adalah tidak sah kerana subjek boleh dilihat, diteliti atau diselidiki sendiri.
4- Subjek akad boleh diserahkan kepada pihak yang berkenaan pada masa yang dipersetujui. Syarat ini dipersetujui oleh semua fuqaha kerana ia melibatkan akad yang ada balasan. Subjek akad memang manjadi satu tuntutan akad kerana penjual mesti menyerahkan barang kepada pembeli dan pembeli hendaklah menyerahkan harga jualan.

No comments:

Post a Comment