Pesanan Panaja

Thursday, February 13, 2014

Pengukuhan dan Pertumbuhan Sistem Kewangan Islam




Sukuk
Sememangnya sukuk dapat melonjak palaburan Islam dan secara tidak langsung dapat mengukuh serta menjadikan sistem kewangan Islam terus berkembang. Kerancakan sukuk telah meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi utama penyenaraian pilihan bon-bon Islam di pasaran tempatan dan antarabangsa.

Prinsip sukuk adalah obligasi ataupun kewajipan konvesional yang merupakan konsep tanpa faedah dan wujudnya akad atau perjanjian antara pihak-pihak tertentu berdasarkan prinsip syariah yang bebas riba, gharar dan judi. Sukuk mempunyai keistimewaan yang tersendiri kerana mampu melonjak sebagai sumber pembiayaan negara secara tidak langsung mengembangkan sistem kewangan Islam dalam aspek alternatif pelaburan konvesional. Sukuk juga boleh menjadi landasan yang terbaik ke arah perluasan dana masyarakat yang bebas dengan unsur-unsur riba.




Ciri-ciri yang penting yang menjadikan sukuk musyarakah dan sukuk ijarah ialah penstrukturan sukuk bagi memperkukuhkan tahap kepercayaan para pelabur kepada nilai dan kekuatan sukuk yang boleh berlaku dalam keadaan iaitu pada akhir tempoh matang atau di sepanjang tempoh sukuk dan pada ketika berlakunya keingkaran.

Amalan dalam penstrukturan sukuk mudharabah dan musyarakah apabila keuntungan yang diperolehi adalah lebih rendah dari keuntungan jangkaan maka pihak penerbit akan menampung kekurangan tersebut melalui kaedah kemudahan kecairan. Sebagai contoh sukuk mudharabah, bayaran pendahuluan oleh mudharib dan sebarang jumlah kecairan yang telah dibayar akan dibayar semula dengan menolak jumlah daripada harga pembelian balik sukuk oleh penerbit.

Di Malaysia kemudahan kecairan adalah dibenarkan kerana ia tidak mengandungi unsur jaminan daripada pihak mudharib atau rakan kongsi.


Takaful
Sejarah takaful bermula dengan kemunculan Syarikat Takaful Malaysia berhad pada tahun 1985 yang merupakan anak syarikat Bank Islam Berhad. Sejak penubuhan syarikat takaful tersebut telah menunjukkan satu perkembangan yang sangat memberangsangkan dan menjadikan takaful adalah penyumbang utama kepada sistem kewangan Islam di Malaysia.

Setelah sekian lama Syarikat takaful bergerak secara bersendirian dan semakin lama ianya menjadi semakin maju dengan kewujudan lapan syarikat takaful yang menjadi bukti bahawa sistem kewangan Islam adalah diterima oleh semua manusia bukan setakat di peringkat tempatan malah ke arena antarabangsa. Penerimaan masyarakat terhadap takaful adalah di semua lapisan termasuklah penyertaan daripada pelanggang bukan muslim.

Apa yang penting di sini ialah perkembangan takaful adalah hasil daripada sokongan dari pihak kerajaan dan masyarakat Islam kerana adalah menjadi tanggungjawap pemerintah dalam memastikan akan kebajikan rakyat terjamin terutama berkaitan dengan aspek kesihatan. Setiap umat Islam adalah wajib menyokong dan bersama-sama dalam membangunkan takaful dan sistem kewangan Islam.

Berdasarkan kepada satu teori penyelidikan yang bersandarkan kepada pemboleh ubah bersandar dan pemboleh ubah bebas menyatakan tahap penyertaan masyarakat terhadap takaful adalah untuk diri sendiri atau orang-orang yang berada di bawahnya iaitu isteri atau anak-anak.

Pemboleh ubah bebas ialah kefahaman terhadap takaful yang meliputi kefahaman terhadap konsep asas takaful itu sendiri yang ternyata sangat berbeza apabila dibandingkan dengan insurans konvensional dan perkembangan industri itu sendiri. Pemboleh ubah yang bebas  ini termasuklah terhadap wakil takaful, syarikat takaful dan perlaksanaan sistem itu sendiri.

Berdasarkan kepada satu kajian di mana faktor utama yang menjadikan seseorang itu memilih insurans takaful ialah kerana semua produk-produk yang ditawarkan oleh takaful adalah mematuhi prinsip syariah. Kepercayaan diberi kepada wakil takaful dan syarikat takaful itu sendiri dan satu lagi ialah faktor sumbanagan yang sangat berpatutan serta pulangan yang lebih tinggi dapat mernarik golongan yang berpendapatan sederhana.

Pasaran Saham Islam
Perkembangan dan daya saing bagi sesebuah pasaran saham Islam tidak akan wujud apabila ianya mempunyai jumlah bilangan dan nilai yang besar yang merangkumi jumlah peserta pasaran termasuklah institusi kewangan, syarikat-syarikat dan juga individu persendirian. Penglibatan mereka adalah meliputi pasaran saham yang berasaskan Islam.

Betapa pentingnya pelaburan saham lulus syariah di kalangan masyarakat kini dan dari itu pihak kerajaan sepatutnya menumpukan perhatian kepada kestabilan pasaran saham lulus Syariah melalui sumbangan kepada nilai permodalan pasaran di Bursa Malaysia seterusnya dengan tidak langsung akan mempertumbuh atau memperkembangkan sistem kewangan Islam dan ekonomi negara.

Suruhanjaya Sekuriti melalui Majlis Penasihat Syariah (MPS) telah menjadi tunjang utama perkembanagn pasaran saham Islam di Malaysia dengan mengeluarkan fatwa dan memperkenalkan garis panduan sekuriti atau kaunter lulus Syariah sebagai sumber rujukan para pelabur dan pengurus dana. Secara tidak langsungb oleh memastikan umat Islam akan turut serta berlabur tanpa perasaan ragu-ragu.

Segala tindakan ini akan menggalakkan pertumbuhan yang amat memberangsangkan dalam bidang pasaran saham Islam yang telah terbukti menjadikan Malaysia sebagai sebuah pasaran saham Islam yang menguntungkan dan kompetitif kepada para pelabur selaras dengan kehendak Syariah.

Sebagai contoh kita ambil Bank Islam yang sangat komited dalam melindungi sekuriti dan maklumat Sulit Operasi, ini adalah di antara faktor yang manjadikan pasaran saham Islam lebih meyakinkan dan di antara faktor yang lain ialah Polisinya yang Privasi yang menjadikan hak individu sebagai aset yang sangat bernilai kepada Bank.

Perkhidmatan yang sangat berkualiti dan dipercayai, Ketelusan Produk dan perkhidmatan serta yang sangat penting sebarang aduan-aduan akan dimaklumbalas dengan kadar segera bagi menjaga reputasi perkembangan pasaran saham Islam terutamanya supaya lebih berdaya saing dengan pasaran saham yang sedia ada.

1 comment:

  1. Salam. boleh saya tahu cth kaedah2 menjadikan sistem takaful agar lebih berdaya saing?

    ReplyDelete