Pesanan Panaja

Thursday, February 13, 2014

Matlamat Pensyariatan Mahar



Mahar disyariatkan sebagai persiapan awal serta kesanggupan si suami untuk memikul tanggungjawap memberi nafkah dan membina rumahtangga. Mahar juga boleh mengembirakan hati si isteri yang sanggup meninggalkan keluarga untuk tinggal bersama suaminya. Jelas di sini mahar merupakan satu penghormatan dari seorang suami kepada isterinya. Pensyariatan mahar dalam sesuatu perkahwinan pasti mempunyai matlamat dan di antara matlamatnya ialah:





-  al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber rujukan
Maksudnya di sini dalam soal mahar perkahwinan kita menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai sumber rujukan bagi meletak kan sesuatu itu di tempat yang sebanarnya kerana setiap apa yang ditentukan oleh Rasulullah s.a.w. itu adalah sunnah dan ikutan kita. Sekiranya kita berpegang pada sunnah maka ianya akan mendapat keredhaan dari Allah s.w.t.

- Menyatakan kesungguhan bagi pihak suami
Walaupun mahar bukanlah sesuatu yang termasuk dalam rukun nikah atau syarat nikah namun membayar mahar kepada pihak isteri. Apa yang dimaksudkan di sini bahawa pihak lelaki adalah bersungguh-sungguh ingin berkahwin dengan pihak isteri tersebut walaupun terpaksa menyediakan mahar sebagai hak untuk pihak isteri.

-Wujud tolak ansur dalam jumlah mahar
Adalah menjadi sesuatu yang agak istimewa kerana jumlah kadar mahar adalah berbeza mengikut tempat dan keadaan walaupun pada dasarnya mahar pun tidak di tetapkan oleh Allah s.w.t. namun pensyariatanya adalah sangat jelas berdasarkan dalil-dalil seperti di atas. Apa yang terbaik adalah Satu kadar yang mengikut kemampuan suami supaya tidak timbul bebanan yang akan merosakkan hubungan suami isteri.

-Islam adalah agama yang lengkap
Islam adalah satu-satunya agama yang diterima oleh Allah s.w.t. Islam jua adalah agama yang lengkap yang terkandung padanya segala-galanya tidak tertinggal satu pun padanya. Begitu jugalah dengan isu yang berkaitan dengan perkahwinan iaitu mahar.
Berdasarkan penulisan dari ulama masa kini iaitu Dr. Yusuf Qardhawi menyatakan beberapa matlamat pensyariatan mahar iaitu:
- Menunjukkan kemuliaan wanita kerana wanita yang dicari oleh lelaki dan bukanya wanita yang mencari lelaki. Lelaki yang terus berusaha untuk mendapatkan wanita meskipun harus mengorbankan hartanya.

- Menunjukkan cinta dan kasih sayang seorang suami kepada isterinya kerana mas kawin itu sifatnya memberi hadiah atau hibah yang oleh al-Quran diistiharkan dengan nihlah (pemberian dengan penuh kerelaan), bukan sebagai pembayar harga wanita. Allah s.w.t.  Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“Berikanlah maskawin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan. Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebagian dari maskawin itu dengan senang hati, maka makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya.”
(QS. 4 : 4).
- Menunjukkan kesungguhan kerana nikah dan berumah tangga bukanlah main-main dan perkara yang boleh dipermainkan.

- Menunjukkan tanggungjawab suami dalam kehidupan rumah tangga dengan memberi nafkah kerana lelaki adalah pemimpin ke atas wanita dalam kehidupan rumah tangga. Bagi mendapatkan hak itu sememangnya wajar bila suami harus mengeluarkan hartanya sehingga ia harus lebih bertanggungjawab dan tidak sewenang-wenangnya terhadap isterinya. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

“Laki-laki itu adalah pemimpin atas wanita, karena Allah telah melebihkan sebagian mereka (laki-laki) atas sebagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka.”

(QS. 4 : 34).

No comments:

Post a Comment