Pesanan Panaja

Showing posts with label ekonomi. Show all posts
Showing posts with label ekonomi. Show all posts

Thursday, July 9, 2015

Kelemahan ringgit berterusan tingkat inflasi negara


KUALA LUMPUR: Kelemahan ringgit berterusan akan membawa kepada kenaikan inflasi lebih tinggi akibat kos import bahan mentah pengeluar yang mahal.
Naik Presiden Persatuan Pengilang Malaysia Tan Sri Lim Wee Chai berkata pengeluar terpaksa menanggung peningkatkan kos import bahan mentah akibat kejatuhan nilai ringgit dan ia akan disalurkan kepada harga akhir produk.

Thursday, July 2, 2015

"Kenaikan Harga Minyak: Hadiah Hari Raya Kerajaan Untuk Rakyat"

1. Kenaikan harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing sebanyak 10 sen dan 20 sen berkuatkuasa 1 Julai 2015, adalah hadiah hari raya Kerajaan Umno-BN untuk rakyat Malaysia.

2. Ia menjadi bukti bahawa Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Umno-BN akan terus membudayakan tekanan ke atas rakyat dengan pelbagaikan cukai dan kenaikan harga barangan bagi memastikan survival pemimpin-pemimpin mereka terjamin

Duit Ringgit makin lemah, kesannya kepada kita?


Semalam saya menukar duit ringgit kepada USD atas urusan business dan ternyata untuk menukar 1 Dollar Amerika, saya perlu tukarkan dengan 3.79 Ringgit. Memang saya tahu setiap perkara ada positif dan negatifnya tetapi di dalam perkara berkaitan lemahnya Ringgit dibandingkan dengan satu mata wang yang banyak mempengaruhi urusan kewangan dan ekonomi antarabangsa, ia memberikan kesan kepada kos import pelbagai barangan dan makanan kita masuk ke Malaysia, ia lebih mempengaruhi kos harga barangan di mana akan menyebabkan pengimport akan terpaksa menaikkan harga pelbagai jenis barangan

Wednesday, December 24, 2014

Nilai ringgit dan minyak jatuh: Apa Najib nak buat?

HARGA minyak mentah dunia jatuh begitu ketara. Harga WTI telah jatuh kebawah USD55 dan Brent telah jatuh sehingga USD60 semalam. Setiap negara dan kerajaan telah mengambil tindakan yang pantas dan setiap negara telah mengumumkan cara dan kaedah tindakan mereka dalam menghadapi masalah yang terbesar yang dihadapi dunia dalam isu ini.


Saturday, March 1, 2014

Khutbah: Ajaran Ekonomi Islam

ekonomi islam
Sinopsis:

Islam adalah addin yang menyeluruh. Ajarannya meliputi semua spek hidup-aqidah, ibadah dan tasauf, politik, ekonomi, sosial dan lain-lain.

Thursday, February 13, 2014

Pengukuhan dan Pertumbuhan Sistem Kewangan Islam




Sukuk
Sememangnya sukuk dapat melonjak palaburan Islam dan secara tidak langsung dapat mengukuh serta menjadikan sistem kewangan Islam terus berkembang. Kerancakan sukuk telah meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi utama penyenaraian pilihan bon-bon Islam di pasaran tempatan dan antarabangsa.

Prinsip sukuk adalah obligasi ataupun kewajipan konvesional yang merupakan konsep tanpa faedah dan wujudnya akad atau perjanjian antara pihak-pihak tertentu berdasarkan prinsip syariah yang bebas riba, gharar dan judi. Sukuk mempunyai keistimewaan yang tersendiri kerana mampu melonjak sebagai sumber pembiayaan negara secara tidak langsung mengembangkan sistem kewangan Islam dalam aspek alternatif pelaburan konvesional. Sukuk juga boleh menjadi landasan yang terbaik ke arah perluasan dana masyarakat yang bebas dengan unsur-unsur riba.

Thursday, January 30, 2014

Lembu gemuk, lembu kurus...



BERULANGKALI telah dibuktikan oleh ramai penyelidik betapa kitaran ‘turun-naik’ ekonomi termasuk kaitannya dengan Keluaran Dalam Negara Kasar dan Indeks Harga Borong Barangan (termasuk perkhidmatan) sebenarnya adalah merupakan fenomena semula jadi.