Pesanan Panaja

Tuesday, February 18, 2014

Sejarah Bahasa Melayu

Berdasarkan kepada kajian daripada sarjana tempatan dan Barat, secara kasar kita mengetahui bahawa perkembangan bahasa melayu berlandaskan masyarakat Melayu kuno, iaitu nenek moyang kita sendiri.

Asal-usul bahasa Melayu bermula dari perkataan melayu itu sendiri adalah satu perkataan yang masih baru dijumpai hasil dari kesan-kesan sejarah Melayu yang paling awal dijumpai dalam buku catatan pengembara cina pada zaman dinesti T’sang yang dipercayai ditulis sekitar tahun 645 hingga 655 Masihi.



Mengikut catatan I’tsing sekitar tahun 644 – 645M terdapat sejenis bahasa yang telah digunakan di Sriwijaya yang bernama ‘K’un-lun’ yang digunakan oleh penduduk tempatan serta juga dipelajari oleh bangsa asing sebagai memudahkan untuk berkomunikasi. Dipercayai bahawa inilah bentuk bahasa Melayu tua yang terawal yang juga dikenali dengan nama Melayu Kuno.

Bahasa Melayu di Melaka menjadi medan perkembangan bahasa serta alat penyebaran Islam yang memertabatkan kebudayaan sewaktu zaman kerajaan Melaka iaitu zaman keagungan Kerajaan Melayu. Penggunaan bahasa melayu pada masa itu menjadi begitu pesat berkembang kerana pengaruh politik melayu sehingga mendapat satu bentuk tulisan iaitu tulisan jawi.

Bahasa Melayu mula bertambah pesat dari segi perbendaharaan kata hasil daripada keperluan yang bagi mempertahankan idea-idea baru yang datang bersama peradaban Islam. Ianya terus berkembang terutama dalam bidang keusasteraan dan manjadi mediun yang sangat penting dalam penyampaian kesenian Melayu-Islam.

Kedatangan masyarakat asing terdiri dari orang-orang eropah yang bertujuan untuk berniaga serta mengembangkan pengaruh agama Kristian di Nusantara. Disamping itu juga mereka juga menjalankan penyelidikan terhadap keusasteraan tempatan.

Pada zaman tersebut bahasa melayu mula tersebar luas dan menjadi Lingua Franca terutama di daerah kepulauan Melayu. Banyak catatan serta penulisan mereka yang membuktikan pada ketika itu penggunaan dan penyebaran sangat meluas terhadap bahasa Melayu kerana sifat bahasa Melayu itu sendiri yang dikatakan agak sederhana dan mudah untuk dipelajari

No comments:

Post a Comment