Bahasa
Melayu adalah merupakan satu bahasa yang banyak mengalami perkembangan yang
begitu ketara sejak dari zaman sebelum tanah Mekayu merdeka sehinggalah
sekarang ini. Semua apa yang dapat kita lihat sekarang ini tidak akan berlaku
sekiranya tiada perancangan dan pembangunan yang cekap dan terbaik terhadap
bahasa Melayu.
Pesanan Panaja
Showing posts with label Bahasa. Show all posts
Showing posts with label Bahasa. Show all posts
Tuesday, February 18, 2014
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
Malaysia
mempunyai keadaan linguistik yang begitu berbagai sehinggakan dalam pemilihan
bahasa kebagsaan pun memandang berat tentang kepuasan hati semua golongan baik
dari segi sosial, ekonomi, politik dan sebagainya. Pemilihan yang tepat akan
menjamin keamanan dan kemajuan Malaysia.
Sejarah Bahasa Melayu
Berdasarkan
kepada kajian daripada sarjana tempatan dan Barat, secara kasar kita mengetahui
bahawa perkembangan bahasa melayu berlandaskan masyarakat Melayu kuno, iaitu
nenek moyang kita sendiri.
Asal-usul
bahasa Melayu bermula dari perkataan melayu itu sendiri adalah satu perkataan
yang masih baru dijumpai hasil dari kesan-kesan sejarah Melayu yang paling awal
dijumpai dalam buku catatan pengembara cina pada zaman dinesti T’sang yang
dipercayai ditulis sekitar tahun 645 hingga 655 Masihi.
Thursday, March 17, 2011
Bahasa Melayu (ejaan lama - ejaan baku)
Malaysia pula mempunyai gaya ejaannya yang tersendiri. Kepada para pembaca yang telah menerima pendidikan ejaan baku, ejaan lama ini adalah ganjil dan tidak mempunyai sistem yang seragam sebagai contoh, lihat jadual di bawah yang menunjukkan perbezaan-perbezaan yang terdapat antara gaya ejaan lama dengan gaya ejaan baru, lihat senarai di bawah ini:
Monday, March 7, 2011
Bahasa Melayu - Penyebaran Islam
Bahasa Melayu juga memainkan peranan penting dalam penyebaran agama, terutamanya agama Islam. Pada masa pemerintahan Kerajaan Melayu Sriwijaya, bahasa Melayu telah memainkan peranannya dalam penyebaran agama Hindu dan Buddha kerana pada masa itu kedua-dua agama itulah yang mempengaruhi budaya Melayu.
Bahasa Melayu dalam bentuk bahasa Melayu kuno telah pun digunakan dalam penyampaian idea-idea abstrak seperti konsep falsafah dan agama bagi mengajarkan agama Hindu dan Buddha. I Tsing, pada tahun 671 Masihi, menyatakan bahawa jika ada orang yang hendak mendalami pengetahuan tentang agama Buddha, dia perlu pergi ke Palembang, Sriwijaya, sebagai tempat untuk menuntut ilmu itu.
Bahasa Melayu dalam bentuk bahasa Melayu kuno telah pun digunakan dalam penyampaian idea-idea abstrak seperti konsep falsafah dan agama bagi mengajarkan agama Hindu dan Buddha. I Tsing, pada tahun 671 Masihi, menyatakan bahawa jika ada orang yang hendak mendalami pengetahuan tentang agama Buddha, dia perlu pergi ke Palembang, Sriwijaya, sebagai tempat untuk menuntut ilmu itu.
Subscribe to:
Posts (Atom)