Malaysia
mempunyai keadaan linguistik yang begitu berbagai sehinggakan dalam pemilihan
bahasa kebagsaan pun memandang berat tentang kepuasan hati semua golongan baik
dari segi sosial, ekonomi, politik dan sebagainya. Pemilihan yang tepat akan
menjamin keamanan dan kemajuan Malaysia.
Setelah Malaya
berkerajaan sendiri apabila merdeka pada tahun 1957 keadaan atau keperluan
dalam pemilihan sebuah bahasa Kebangsaan menjadi mendesak. Ianya melibatkan
golongan – golongan pendidik dan penulis bumiputera yang tidak dapat menyertai
perbincangan dalam dewan-dewan perundangan serta pemerintahan di Malaysia.
Bahasa Melayu adalah merupakan bahasa yang paling layak dijadikan sebagai
bahasa kebangsaan di Malaysia. Ini adalah merupakan keputusan politik dan tiada
keraguan mengenai keputusan ini kerana penduduk Malaysia adalah berbilang
bangsa dan bahasa.
Bahasa Melayu
juga dipilih sebagai bahasa Kebangsaan berdasarkan dari segi peratusan penduduk
di Malaysia yang mana penduduk Melayu mempunyai peratusan yang terbanyak
iaitu 43% berbanding dengan kaum-kaum atau
bangsa yang lain. Walaupun penduduk kaum melayu hanya sebanyak 43% namun kepenggunaan
bahasa Melayu adalah sangat menyeluruh oleh semua penduduk Malaysia dan
termasuklah golongan masyarakat pendatang.
Pada tahun 1969
kerajaan Malaysia telah menetapkan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah
dan juga merupakan syarat penting bagi mendapat pekerjaan terutama dalam sektor
awam. Perlaksanaan bahasa Melayu di dalam bidang pendidikan pula dapat dilihat yang
mana telah pun maju sehinggakan digunakan untuk menyampaikan kursus-kursus di
peringkat universiti pada masa ini.
Bahasa Melayu atau
juga dikenali pada suatu masa dahulu dengan nama bahasa Malaysia adalah
merupakan pilihan terbaik yang telah dibuat oleh kerajaan Malaysia pada masa
dahulu kerana pilihan yang terbaik telah menjadikan Malaysia di antara Negara
yang terbaik aman dan harmoni dari masa dahulu lagi sehinggalah sekarang ini.
Malaysia juga merupakan Negara yang membangun serta dihormati seiring dengan
perkembangan bahasa Melayu
No comments:
Post a Comment