Sekadar Hiasan |
Berdasarkan
kepimpinan kenegaraan Islam adalah berkait rapat dengan sistem pemerintahan dan
pentadbiran bagi sesebuah negara Islam. Dalam Islam, pentadbiran atau
pemerintahan mestilah berlandaskan garis-garis panduan yang telah ditetapkan
dalam Islam.seperti berikut :
1-
Pemerintahan hendaklah berkonsepkan keadilan sejagat yang membawa maksud setiap
perkara yang dilakukan hendaklah
dilakukan dengan penuh adil dan sentiasa menegakkan keadilan. Sebagai contoh
setiap rakyat ada mempunyai hak seperti perlindungan terhadap nyawa oleh
pemerintah kepada setiap warganegaranya sama ada yang beragama Islam ataupun sebaliknya.
Inilah yang menunjukkan bahawa Islam itu
mementingkan keadilan sejagat.
2-
Pemerintahan yang bertujuan untuk
mendapat atau mencari keredhaan Allah s.w.t. yang bermaksud setiap segala
aktiviti yang dilaksanakan dalam pentadbiran Islam bukan sekadar hanya untuk
keduniaan malah ingin menunaikan tanggungjawab untuk mendapatkan keredhaan
Allah s.w.t. Sebagai contoh pada zaman sahabat banyak berlaku peperangan dan
tujuan peperangan adalah untuk menegakkan syiar Islam dan bukanlah berjuang
hanya sekadar mencari nama, pangkat atau harta tetapi mereka berjuang atas
dasar Islam dan ingin mencari keredhaan Allah s.w.t. dan sanggup mati syahid dalam
menegakkan syiar Islam.
3-
Pemerintahan mestilah sentiasa untuk menegakkan yang makruf iaitu segala
tindakan hendaklah menuju ke arah kebaikan dan kemaslahatan orang awam dan
tidak bertentangan dengan prinsip ajaran Islam.
Sebagai contoh, dalam tujuan pembinaan sebuah masjid ialah sebagai pusat
pembentukan masyarakat dan tempat mendamaikan jika berlaku pergaduhan. Jelas di
sini pemerintahan yang dianjurkan dalam Islam ialah sentiasa mencari atau
menegakkan yang makruf.
4-
Mencegah yang mungkar juga adalah merupakan tuntutan dalam pentadbiran dan
pemerintahan Islam sesuatu yang sifatnya menentang Tuhan atau melakukan maksiat
kepada Allah s.w.t. pentadbiran bertujuan untuk menghapuskan segala bentuk
maksiat.
5-
Pemerintahan Islam hendaklah sentiasa tunduk kepada perintah Allah s.w.t. yang
bermaksud segala matlamat dan tujuan, perancangan serta perlaksanaan hendaklah
dengan perasaan tunduk kepada Allah s.w.t. dengan melakukanya kerana menurut
perintahNya. Sebagai contoh dalam menentukan sesuatu hukum berkenaan dengan
sesuatu permasalahan. hukum dan perintah Allah s.w.t. hendaklah didahulukan berbanding
dengan keputusan mengikut pertimbangan aqal seperti hukuman kepada seorang
pencuri hendaklah menggunakan hukum Hudud.
Selain
dari itu, ciri-ciri kepimpinan dan kenegaraan sesebuah negara Islam boleh
merujuk kepada kepimpinan Rasulullah s.a.w. yang merupakan pemimpin yang agung.
Banyak usaha yang telah dilakukan oleh baginda dalam memantapkan kepimpinannya
dan di antara usaha-usaha yang dilakukan oleh Baginda yang boleh dijadikan
sebagai ciri-ciri kepimpinan negara islam ialah:
1-
Pembinaan Masjid.
2-
Mengukuhkan persaudaraan
3-
Mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar
4-
Membuat perjanjian dengan Orang Bukan Islam
5-
Membentuk Dasar
6-
Meletakkan Sistem Masyarakat
7-
Menubuhkan Struktur Pemerintahan
8-
Menubuhkan Institusi Percukaian
9-
Mengembangkan Islam dan
10-
Menunjukkan contoh yang baik.
Rasulullah
s.a.w. mempunyai sifat-sifat yang baik seperti bijaksana, bercakap benar,
amanah, bijak, menyampaikan, lemah lembut dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment