Pesanan Panaja

Monday, May 11, 2015

Kisah 'Kuwait Malaysia' Baiki Jalan Dengan Tapak Kasut


Lucu kan. Rakyat Malaysia bolehlah datang melancong ke Terengganu. Banyak daya tarikan yang mengujakan. Pantainya, masjid-masjidnya, hasil makanan tradisional hinggalah budayanya. Aku tak nak cerita yang semua pelancong dah tahu tu. Yang aku nak cerita ialah daya tarikan yang agak unik bagi pelancong iaitu jalanrayanya.

Datanglah ke negeri bergelar ‘Kuwait Malaysia’ ni. Pusing-pusinglah seluruh daerahnya. Kalian akan dapati jalanrayanya ‘amat mengujakan’. Baik jalan persekutuan, jalan negeri dan jalan bandaran,apalagi jalan atau lorong di kampungnya,  kalian akan dapati suasana seperti menaiki feri Langkawi. Lebih seronok dari itu, di sesetengah tempat kaki pemandu akan sentiasa menekan brek. Feri Langkawi mana boleh tekan brek macam tu.




Jalan beralun, berlubang, birai jalannya bertebing tinggi  adalah fenomena biasa di Terengganu. Yang menariknya ada lubang-lubang yang ditampal tar dengan cara menggunakan cangkul dan tapak kasut. Jelajahlah ke lorong-lorongnya. Aku nak beri contoh ketara di Kemaman. Laluilah Jalan Bukit Kuang-Kijal, Jalan Mak Lagam-Cheneh, Jalan Chukai-Air Putih. Kalian akan merasa suasana berombak dan menekan brek yang menyeronokkan. Banyak kes kemalangan yang berlaku termasuk di LPT2 dekat Cheneh baru-baru ni dan di depan gerai lemang di Kijal.

Yang anehnya lagi, jalan baru siap, tarnya hitam lagi, sudah nampak tidak ratanya dan beralun-alun. Sila tengok di lokasi-lokasi tertentu di LPT2. Sila tengok jalan dengan turapan baru dekat Jambatan Sungai Pinang. Kalian nilailah sendiri kerja buat kontraktor UMNO. Betul-betul projek anugerah kepada JKKK yang tiada pengalaman. Haprak. Kalau berlaku kemalangan, pengguna jalanraya sahaja yang dipersalahkan. Mana ada kerajaan nak persalahkan jalanraya yang berbahaya tadi.

Tengok jambatan sempit dekat PPD Kemaman dan di Jalan Kemaman-Dungun dekat Air Hitam. Bukan panjang pun. Tak sampai 10 meter. Dah bepuluh tahun, masih tidak diperlebar hingga ke hari ini. Jambatan beratus juta ringgit boleh dibuat. Yang pendek kketok macam tu dibiarkan menanti mangsa. Apa punya haprak kerajaan macam ni.

Jalan dan lorong di kampungnya pula tak dibaiki. Betul-betul macam tiada wakil rakyat. Rakyat tak marah pula tu. Tu satu lagi kehebatan orang BN di Terengganu. Asalkan BN, jalan asal boleh lalu cukuplah. JKR pula entah buat apa. Itulah yang jadi cerita tampal jalan dengan cangkul dan tapak kasut tu. Sambilewa.

Kerajaan Terengganu apa peduli. Muka kerajaan dan pemimpinnya dah sama tebal dengan aspal yang bertampal-tampal. Betullah kata orang, kerajaan yang bodoh terbentuk dari tangan-tangan pengundi yang bodoh. Untuk mengesahkan kata-kata aku, sila berkunjung ke lokasi-lokasi yang aku ceritakan tadi. Kalian boleh nilai betul atau tidak ada tampalan-tampalan aspal yang dipijak dengan kasut dan dihentak dengan cangkul. Kah!, Kah!, Kah!

No comments:

Post a Comment