
SEPANG: Syarikat penerbangan patuh syariah pertama di Malaysia, Rayani Air, melancarkan penerbangan sulungnya dari Kuala Lumpur ke Pulau Langkawi kira-kira pukul 10 pagi tadi.
Pengarah Urusannya Jaafar Zamhari berkata penerbangan RN0600 itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), di sini, membawa kira-kira 150 penumpang termasuk 18 anak yatim dari Institut Taufik Islami, Klang serta petugas media.