Pesanan Panaja

Wednesday, October 14, 2015

Selipar kalimah Allah dibakar di Surabaya



Surabaya: Sebanyak 10,000 selipar yang mempunyai corak kalimah Allah di bahagian tapak dimusnahkan Pengurus Wilayah Nahdlatul Ulama (PWNU) Jawa Timur semalam. 

Ribuan selipar itu dirampas di sebuah pasar raya di kawasan Wringin Anom di Gresik sebelum dikumpulkan di hadapan pejabat PWNU.
Selipar itu menimbulkan kemarahan penduduk beragama Islam apabila dipasarkan syarikat Pradipta Perkasa Makmur sejak beberapa bulan lalu.


Ketua PWNU, Mutawakil Allallah bersama pemilik syarikat itu, Liem Long Hwa turut hadir untuk melihat selipar itu dibakar.


Mutawakil berkata, pemilik syarikat itu datang bertemu pihaknya dan mengaku tidak tahu mengenai kalimah Allah di tapak selipar berkenaan.

Syarikat itu memberitahu, selipar berkenaan diimport dari China.

"Kami mendapati penjualan selipar ini tidak disengajakan dan pemilik syarikat dengan tulus memohon maaf.

"Sebagai orang Islam kita mesti memaafkan mereka.

"Saya juga berharap penduduk Islam di sini menjaga adab mereka dan tidak bertindak keterlaluan," katanya. - Agensi

No comments:

Post a Comment