Pesanan Panaja

Showing posts with label Hukum. Show all posts
Showing posts with label Hukum. Show all posts

Monday, March 30, 2015

Hukum Pendermaan Rahim

Image result for pendermaan rahim
hiasan
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-106 yang bersidang pada 21 - 22 Oktober 2014 telah membincangkan Hukum Pendermaan Rahim. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

1. Setelah mendengar pembentangan dan meneliti laporan penyelidikan yang telah disediakan oleh Kumpulan Penyelidik daripada Universiti Malaya (UM) dan meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan hasil penyelidikan yang telah dikemukakan.


Tuesday, April 15, 2014

"Tak Pakai Tudung Masuk Neraka, Tak Boleh Terima la" - Raja Azmi



Komen daripada Raja Azmi berkenaan Isu tudung yang dikatakan tak penting dalam menentukan Syurga atau Neraka. Itulah komen daripada orang yang jahil bab agama.

Mohon orang yang rapat dengan beliau, menasihati beliau baik-baik dan menerangkan kewajiban menutup aurat ini.

Jangan nak jaga bab solat sahaja kalau bab aurat dah fail. Dalam solat tutup aurat pulak. Hairan betulah.. Jangan terlalu sombong dalam mempertikaikan hukum Allah.

Saturday, March 1, 2014

Iddah bagi wanita yang bercerai atau kematian suami


Garis Panduan Ber`Iddah Bagi Wanita Yang Bercerai Atau Kematian Suami

Tujuan

Garis Panduan Ber`iddah Bagi Wanita Yang Bercerai atau Kematian Suami disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada masyarakat Islam di Malaysia khususnya dalam kalangan wanita berkaitan batas hukum dan adab semasa berada dalam tempoh `iddah menurut tuntutan syarak.


Saturday, February 22, 2014

Batik sutera: Mufti pun tak tahu halal, haram


KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)  hari ini mendedahkan hampir 90 peratus batik sutera yang dipakai oleh lelaki di Malaysia adalah batik yang diperbuat daripada sutera tulen.

Menurut aktivis PPIM, Sheikh Abd Kareem S Khadaeid yang juga merupakan ahli tekstil yang berkecimpung dalam industri ini selama 30 tahun berkata, oleh itu katanya, adalah haram bagi seseorang lelaki itu untuk memakai pakaian batik yang diperbuat daripada sutera.


Friday, February 14, 2014

Fahami larangan sambut Hari Memperingati Kekasih



KUALA LUMPUR: Budaya berkasih sayang antara lelaki dan perempuan bukan mahram sudah berlaku sejak zaman-berzaman sehingga tidak menimbulkan rasa bersalah terhadap larangan yang ditentukan Allah SWT.

Atas sebab itu, usaha kesedaran harus dipupuk di kalangan anak-anak remaja hari ini agar memahami mengapa larangan itu dibuat, khususnya ketika menjelang Hari Memperingati Kekasih atau Valentine's Day yang diagungkan sesetengah pihak pada setiap 14 Feb.

Pegawai Hal Ehwal Islam (Bahagian Fatwa), Jabatan Mufti Negeri Selangor, Ustaz Mat Jais Kamos, menegaskan usaha memupuk kesedaran itu perlu dilakukan secara berterusan bagi memastikan semua pihak memahami tentang larangan tersebut.

Wednesday, December 25, 2013

Hukum Muslim Rai Hari Krismas & Tahun Baru?



Apa hukum menyambut perayaan agama lain seperti Krismas?  Apa hukum memberikan ucapan Krismas kepada orang2 Kristian?  Apa hukum menganjurkan majlis perayaan tersebut?  Apa hukum Tahun Baru, menyertainya atau menganjurkannya?  Apa makna tasyabbuh, wala', bara'?  Dengarkan video ini sampai habis dan fahamilah!