Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menarik kembali sijil pengesahan halal Syarikat Secret Recipe Manufacturing Sdn Bhd disebabkan pelanggaran prosedur pensijilan melibatkan kesalahan kebersihan dan amalan pengilangan (GMP) yang serius.
Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim Hakimah Mohd Yusoff menegaskan penarikan sijil yang berkuatkuasa pada 7 Mei lalu itu bukan disebabkan kesalahan penggunaan bahan haram dalam pemprosesan produk itu.