“Kalimah “Allah” adalah satu perkataan yang mengikut maksud asal bahasa al-Quran (Dia Sahaja Tuhan Yang Maha Esa), adalah tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa secara tepat,” kenyataan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang dipetik.
1. Baru-baru ini Setiausaha Agung DAP dalam perutusan Hari Krismas ada membuat kenyataan menggesa kerajaan diterajui Barisan Nasional (BN) untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu. Apa pandangan Dr berhubung tuntutan itu?