Pesanan Panaja

Showing posts with label MH370. Show all posts
Showing posts with label MH370. Show all posts

Monday, May 5, 2014

Syarikat Australia Percaya Mungkin Temui Bangkai MH370



PETALING JAYA: Sebuah syarikat penerokaan Australia mendakwa ia menemui bangkai pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang, enam minggu selepas ia meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk ke Beijing pada 8 Mac lalu.

GeoResonance yang berpangkalan di Adelaide pada Isnin berkata, ia mula melakukan pencariannya sendiri terhadap pesawat Boeing 777 pada 10 Mac lalu dan mengesan kemungkinan bangkai pesawat itu di Teluk Bengal, kira-kira 5,000 kilometer dari lokasi carian semasa di selatan Lautan Hindi dekat Perth.

Friday, April 18, 2014

Berita Terkini MH370 : Tompokan Minyak Sudah Di Sahkan Oleh JACC



Menurut Ketua Penyelaras JACC Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston berkata dalam SIDANG MEDIA bahawa "Tompokan Minyak itu ditemui kira-kira 5,500m dalam kawasan Isyarat PING dikesan sebelum itu oleh Alat Pengesan Pinger ditunda yang digunakan Ocean Shield. Dua Liter Tompokan Minyak diambil sebagai Sampel dan DIUJI".

Tompokan Minyak DIKESAN Ahad lepas oleh Kapal Pertahanan Australia Ocean Shield di Selatan Lautan Hindi, ia ini Kawasan Pencarian Pesawat Malaysia MH370 yang hilang, bukan nya MINYAK PESAWAT atau CECAIR HIDRAULIK Menurut Pusat Penyelarasan Bersama Agensi (JACC) yang Menyelia OPERASI Mencari Pesawat MH370.

Sunday, April 6, 2014

Misteri telefon bimbit MH370 dijawab


LONDON 12 Mac - Laporan beberapa ahli keluarga penumpang yang mendakwa berjaya menghubungi telefon bimbit penumpang yang menaiki pesawat MH370, terus mengusutkan lagi teori kehilangan kapal terbang yang membawa 239 penumpang itu ketika operasi mencari dan menyelamat masuk hari kelima, hari ini.


Profesor William Webb dari Akademi Kejuruteraan Diraja Britain ketika menjawab isu itu berkata, telefon bimbit penumpang sepatutnya tidak akan berfungsi kerana mungkin berada di dalam air, di luar kawasan liputan dan juga kehabisan bateri.


Siapa Bill Shorten dalam isu MH370?



Tidak ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang tahu siapakah Bill Shorten. Beliau bukanlah penumpang pesawat MAS MH370, bahkan tiada saudara maranya yang menaiki pesawat tersebut. Bukan juga pakar penerbangan yang membuat apa-apa teori berkaitan, malah bukan juga perisik.

Jadi apa kaitannya beliau dengan insiden MH370? Tidak ada lansung!

Beliau hanyalah Ketua/Presiden Parti Buruh merangkap Ketua Pembangkang dalam parlimen Australia. Shorten berusia 46 tahun dan menjadi ketua pembangkang sejak 2013. Beliau menjadi Ahli Parlimen sejak 2007 lagi.


Monday, March 17, 2014

130 poin yang harus difikirkan pasal MH370



Semua negara Kuasa Besar Berlmba-lumba menghulurkan bantuan. Luarbiasa.... MH370: Suatu Misteri...

*Amaran Keras! Jangan baca jika anda tidak mampu untuk berfikir secara rasional dan waras. Jangan baca jika anda mempunyai tahap kepercayaan yang rendah dalam perkara baru. Artikel ini mungkin akan menyebabkan otak anda berfikir diluar kawalan dan ada unsur-unsur yang tidak dapat diterima logik akal manusia biasa.


Saya tidak bertanggungjawab sekiranya anda mengalami masalah peribadi setelah membaca artikel ini. Ini hanyalah informasi yang dapat saya sampaikan diselingkan dengan teori saya serta teori rakan-rakan yang berjaya saya kutip daripada mereka.