Shiro Jawab Isu Digam RTM dan Lawak 'Bodoh' Depan Menteri
PETALING JAYA: Kumpulan pelawak Shiro menolak dakwaan mereka digam Radio Televisyen Malaysia (RTM) berikutan lawak 'bodoh' dalam satu program terbitan stesen televisyen itu.
Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Bin Razak, 28, berkata, mereka tidak menerima sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara itu malah masih dipanggil untuk mengendalikan sebuah rancangan di RTM sempena malam tahun baharu 2014 pada Selasa lalu.