"Setelah sebahagian masa berharga ribuan peminat web ini terbazir begitu sahaja kerana melayan-baca kisah berunsur ‘lawak mega’ segelintir pemain politik di bumi penyu bertelur; maka
marilah kita berikan sedikit masa pula kepada suatu yang lebih faedah iaitu melihat kembali fakta-fakta relevan Israk Mikraj yang bakal menjelma pada 27 Rejab, Mei ini.
Inilah fakta Israk Mikraj dari guru kita[1]:-
Maksudnya: Maha Suci Allah, yang Telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsa yang Telah kami berkati sekelilingnya [Maksudnya: Al Masjidil Aqsa dan daerah-daerah sekitarnya dapat berkat dari Allah dengan diturunkan nabi-nabi di negeri itu dan kesuburan tanahnya] agar kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) kami. Sesungguhnya dia adalah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui}. [Surah Al-Isra’: 01]