Siri Bacaan Cabar Fikir - Bagi Bakal-Bakal Haji Atau anak-anak mereka
“Jangan ambik tu. Jangan baca risalah atau buku yang diberi oleh orang-orang dari negara lain!” Begitulah seorang ustazah guru agama Malaysia menegurku, apabila seorang datang ke hotel kami dan meletakkan sejumlah risalah atau ‘flyers’ mengenai maklumat haji. Dalam hati aku, “ape lah ustazah ini, takkan nak tengok pun takleh.” Habislah sikap ingin tahu manusia, kalau gitu caranya.