Pesanan Panaja

Showing posts with label memali. Show all posts
Showing posts with label memali. Show all posts

Saturday, April 12, 2014

Mahathir Ingat-Ingat Lupa Rupanya...



Setelah mengambil masa hampir dua minggu, bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad akhirnya mengaku bahawa beliau memang berada di dalam negara ketika terjadinya peristiwa Memali pada 19 November 1985, sekaligus mengesahkan dakwaan yang dibuat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Musa Hitam dalam sebuah diskusi politik di Kota Bharu pada 27 Mac lalu.

Dalam tulisan di blognya, Mahathir juga mengesahkan beliau hanya berlepas ke China pada 20 November iaitu sehari selepas tragedi tersebut.

Mahathir bagaimanapun mempertahankan dirinya dengan mengatakan bahawa dakwaan beliau berada di China itu bukan datang daripada pihaknya, bahkan dalam buku memoirnya juga tidak pernah menyebut perkara itu.

Sebelum ini ketika Musa Hitam membuat kenyataan di Kota Bharu itu, Mahathir meminta diberi masa untuk menyemak kebenaran apa yang dinyatakan oleh bekas timbalannya dengan alasan beliau tidak ingat mengenainya memandangkan ia sudah begitu lama berlaku.

Sunday, April 6, 2014

Tragedi Memali : Pergi Jahanam Dengan Islam Apakah Dakwaan Itu Benar



Kata MANTAN Presiden Umno yang juga Mantan Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam "Sewaktu berlangsung PROSIDING KES Dakwaan Saya terhadap Seorang Penulis di Mahkamah beberapa Tahun lalu di mana dalam kes ini Saya BERJAYA (ketika itu Tun Dr Mahathir masih Perdana Menteri), Peguam Bela bertanya DUA SOALAN yang serupa".


Soalan nya "Sama ada Dr Mahathir berada di Dalam Negara Pada Hari PERISTIWA MEMALI Memali Berlaku dan adakah Saya MEMANGKU Jawatan Perdana ?. Jawapan KONSISTEN Saya berikan bahawa Beliau (Tun Mahathir)  berada di Dalam Negara dan Saya TIDAK Memangku Jawatan Perdana Menteri. Tetapi TIDAK ADA MEDIA yang Sedia Melaporkan FAKTA ini.