Pesanan Panaja

Showing posts with label panda. Show all posts
Showing posts with label panda. Show all posts

Thursday, May 22, 2014

10 tahun tanggung kos Panda RM70 juta, rakyat tidak dapat manfaat



SHAH ALAM, 22 MEI: Sebanyak RM70 juta wang rakyat perlu digunakan untuk menanggung beban kos dua ekor panda China dalam tempoh 10 tahun.

Pengerusi Biro Kepenggunaan PKR, Yahya Sahri, berkata tindakan kerajaan membawa Fu Wa dan Feng Yi berusia lapan tahun itu dengan diberikan layanan istimewa tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat.

Belanja panda boleh bina 2000 rumah kos rendah



KUALA LUMPUR: Sikap kerajaan BN yang langsung tidak menghiraukan bantahan rakyat terhadap projek meminjam dua beruang panda dari China yang menelan belanja RM70 juta bagi tempoh 10 tahun terus menerima bantahan dan kritikan pelbagai pihak.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Nurul Islam Mohamed Yusoff berkata, kos RM25 juta untuk pembinaan ekshibit panda itu di Taman Wetland Putrajaya, RM3 juta bayaran tahunan kepada Kerajaan China selama 10 tahun berjumlah RM 30 juta, dan RM1.5 juta kos penjagaan tahunan oleh Zoo Negara selama 10 tahun bernilai RM15 juta,  adalah suatu pembaziran.

Saturday, April 12, 2014

Apa jadi jika panda dicabul, kena denggi?



Berbeza dengan semua orang, tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin nampaknya lega apabila panda China yang dinanti-nantikan seluruh negara tidak tiba di Malaysia seperti dijadualkan.

“Bagi pihak kita, daripada teruja dengan prospek untuk melihat binatang kegemaran itu, kita juga patut amat takut terhadap apa yang tidak dapat dijangkakan.