http://senjoo22.blogspot.com/ |
Anak
merupakan anugerah kurniaan dari Allah s.w.t. kepada hamba-hamba yang boleh
dianggap sebagai rezeki kerana anak merupakan waris kepada setiap keturunan.
Walaubagaimanapun permasalahan isu pembuangan bayi semakin menjadi-jadi dan
seolah-olah tiada titik noktah kerana saban hari kita akan melihat dimedia
massa serta media eletronik.
Terdapat
banyak kes pembuangan bayi di mana-mana sahaja sehinggakan kerajaan Malaysia
mengambil keputusan jika disabitkan kesalahan akan dijatuhkan hukuman gantung
sampai mati kepada pesalah yang disabitkan membuang bayi hingga menyebabkan
kematian serta akan dianggap membunuh dengan sengaja.