Dalam syok melayan isu-isu semasa dan kes-kes ‘hangat’ politik, marilah kita perhatikan fakta-fakta relevan berkaitan bulan Rejab[1]. Kedatangan bulan Rejab ini sepatutnya menyedarkan kita untuk mulai merangka-rangka pelan dan perancangan ke arah menjadikan Ramadan 2014 sebagai Ramadan terbaik setakat tahun 2014. Mungkin juga sudah ramai diantara kita yang telah aktif membaca doa “Ya, Allah berkatilah pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan lah kami kepada Ramadan.”
Penjelasan Status Hadith Doa "berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya‘ban, dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan”[2]
Status: Hadith Munkar, bahkan sanadnya dha‘if jiddan. Hadith ini didha‘ifkan oleh ramai ahli hadith seperti Al-Tabarani, Al-Baihaqi, Ibn Rajab, Al-Nawawi dan lain-lain. Bahkan kata Imam Al-Baihaqi sebelum menyebutkan hadith ini dalam kitabnya Fadha’il Al-Awqat “Diriwayatkan berkenaan doa masuknya bulan Rejab, hadith yang tidak kuat (lemah)”.