Pesanan Panaja

Showing posts with label tersedak susu. Show all posts
Showing posts with label tersedak susu. Show all posts

Friday, May 9, 2014

Bayi empat bulan mati tersedak susu



Seorang bayi lelaki berusia empat bulan mati dipercayai tersedak susu di rumah pengasuhnya di Taman Impian Ria, Machang Bubuk di Bukit Mertajam semalam.
   
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata Muhammad Hakimi Mohd Arsyad dihantar ibunya ke rumah pengasuh dalam keadaan baik pada jam 6.30 pagi.

"Tidak lama selepas itu, wanita pengasuh bayi itu mendapati Muhammad Hakimi yang ditidurkan dalam buaian tidak bergerak dan dia cuba memberi bantuan kecemasan.
   
"Bagaimanapun, bayi itu tetap tidak bergerak menyebabkan pengasuh itu membawa Muhammad Hakimi ke Klinik 1Malaysia di Alma sebelum disahkan meninggal dunia oleh doktor yang bertugas," katanya kepada pemberita semalam.