Pesanan Panaja

Showing posts with label negara islam. Show all posts
Showing posts with label negara islam. Show all posts

Monday, June 22, 2015

IS musnahkan makam Nabi Yunus untuk dijadikan taman hiburan


BAGHDAD: Seorang menteri Iraq pada Sabtu mengecam tindakan militan Negara Islam (IS) yang bercadang mengubah tapak makam Nabi Yunus di Mosul, yang telah dimusnahkan pada tahun lalu,  menjadi sebuah taman awam.

Tindakan IS itu disifatkan sebagai sebuah jenayah serius terhadap warisan negara Iraq, lapor portal berita Al Arabiya.

Wednesday, June 17, 2015

Kali Pertama Satu Dunia Mula Puasa Serentak


LONDON – Buat julung kali dalam sejarah, umat Islam di seluruh dunia akan mula berpuasa wajib Ramadan 1436 Hijrah secara serentak pada Khamis, lapor portal berita antarabangsa, International Business Times lewat Selasa.

Pihak berkuasa hal ehwal agama Islam di benua Eropah, Amerika, Afrika, Australia dan Asia sepakat bersetuju menetapkan tarikh 1 Ramadan jatuh pada 18 Jun 2015 sekali gus, bulan Syaaban genap 30 hari pada Rabu.


Friday, February 14, 2014

Negara - Negara Yang Mempunyai Umat Islam Paling Ramai Di Dunia



Islam merupakan agama yang pesat tersebar di serata pelusuk dunia.. Berkat kebijaksanaan dan kegigihan Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat menyampaikan risalah islam, dan diteruskan oleh para pendakwah yang kemudiannya, kini islam bertapak kukuh di serata pelusuk negara.

Hari ini,tiada negara yang tidak dihuni oleh umat islam. Walaupun sejak zaman berzaman islam diperangi oleh para kuffar, namun cahaya islam terus bersinar dan islam terus berkembang dengan suburnya dari semasa ke semasa.

"Mereka hendak memadamkan cahaya Allah(agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka(yang demikian). Dialah yang megutuskan Rasul-Nya(Muhammad) dengan menbawa petunjuk dan agama yang benar(agama Islam), untuk dimenangkan-Nya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya." Surah al-Saf, ayat 8-9.


Sunday, February 9, 2014

Model Dalam Kepimpinan Dan Kenegaraan Islam

Sekadar Hiasan


1- Rasulullah s.a.w. – Peranan Masjid

Model kepimpinan yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. baginda adalah merupakan model sepanjang zaman yang terbaik dalam kepimpinan sesebuah negara.

Pada zaman pemerintahan Rasulullah s.a.w. perkara yang pertama dilakukan oleh baginda setibanya ke Kota Madinah dalam Peristiwa Hijrah adalah mendirikan masjid. Masjid bukan sahaja berperanan sebagai tempat ibadah sahaja, malah merupakan institusi sosial yang cukup penting seperti pusat pembentukan masyarakat, pembinaan komuniti, pusat ekonomi, pusat ilmu, pusat pentadbiran, perbincangan, mendamaikan pergaduhan, mahkamah dan sebagainya.

Ciri-Ciri Kepimpinan dan Kenegaraan Islam

Sekadar Hiasan

Berdasarkan kepimpinan kenegaraan Islam adalah berkait rapat dengan sistem pemerintahan dan pentadbiran bagi sesebuah negara Islam. Dalam Islam, pentadbiran atau pemerintahan mestilah berlandaskan garis-garis panduan yang telah ditetapkan dalam Islam.seperti  berikut :

1- Pemerintahan hendaklah berkonsepkan keadilan sejagat yang membawa maksud setiap perkara yang dilakukan  hendaklah dilakukan dengan penuh adil dan sentiasa menegakkan keadilan. Sebagai contoh setiap rakyat ada mempunyai hak seperti perlindungan terhadap nyawa oleh pemerintah kepada setiap warganegaranya sama ada yang beragama Islam ataupun sebaliknya. Inilah yang menunjukkan  bahawa Islam itu mementingkan keadilan sejagat.

Monday, December 16, 2013

SUBHANALLAH!!! Gambar Salji Turun Di Mesir dan Palestin

"Gambar salji turun di Mesir dan Palestin



Subhanallah, Kuasa Allah siapa yang sangka, negaraMesir sebuah negara yang beriklim panas, kini dituruni salji buat kali pertama dalam 112 tahun. Begitu juga di negara Palestin, salji turun jugak di negara tersebut

Monday, September 30, 2013

MESIRKINI : 6 Oktober tarikh kematian As Sisi ?



Mesir bakal merayakan hari Angkatan Tenteranya pada 6 Oktober ini. Satu sambutan untuk merayakan kejayaan dalam Perang Oktober 1973 yang lebih dikenali sebagai Perang Badar Moden dan Yom Kippur bagi kalangan Zionis.




Tuesday, August 20, 2013

Maksud R4BIA yang diperkenalka oleh ERDOGAN



Mungkin ada di antara kita yang masih tertanya-tanya kenapa ramai pengguna media sosial mula menukar avatar simbol 4 jari seperti di atas dan mula menggunakan hashtag ‪#‎R4BIA‬?

 Apa ke benda R4BIA tu?

Thursday, July 4, 2013

Mohamed Morsi dijatuhkan oleh orang kepercayaannya sendiri?

 

Presiden Mesir Muhamed Morsi diguling oleh pihak tentera iaitu Jeneral Abdel Fattah Al Sisi. Pada kenyataan yang disiarkan di media, Abdel Fattah bersumpah bersedia mati untuk rakyat. "Kami bersumpah demi Tuhan bahawa kami akan mengorbankan darah kami bagi Mesir dan rakyatnya, untuk membela mereka dari setiap teroris, radikal atau penipu."

Mesir : Detik Hitam Sedang Berulang


















Saya melahirkan rasa sedih dan simpati terhadap apa yang sedang berlaku di Mesir sekarang. Pada saya, inilah saat di mana detik hitam sedang berulang semula dalam sejarah Mesir.

Saya menyaksikan sidang media tentera yang mengumumkan rampasan kuasa dan diberitakan bahawa Sheikh Al-Azhar juga turut bersama-sama dengan tentera menyokong rampasan kuasa menggulingkan Dr Muhammad Mursi. Ini tandanya tentera tidak yakin dengan kekuatan mereka sendiri lantas menjadikan ulama sebagai sandaran untuk meyakinkan rakyat. Di mana-mana sahaja, ada ulama dipergunakan untuk menentang gerakan Islam. Tebalnya kulit kitab yang dipelajari dan panjangnya ekor serban bukan jamiman seseorang ulama itu celik politik.

Mesir keluar waran tangkap kepada 300 pemimpin Ikhwanul Muslimin














KAHERAH: Polis Mesir hari ini menerima arahan untuk menahan 300 pemimpin dan ahli Ikhwanul Muslimin selepas tentera menggulingkan Presiden Mohamed Morsi, lapor laman web akhbar Al-Ahram hari ini.

Presiden Mohamed Morsi diguling oleh tentera



















KAHERAH: Angkatan tentera Mesir menggulingkan Presiden Mohamed Morsi lewat semalam selepas ketegangan selama seminggu yang mengorbankan kir-akira 50 orang ketika berjuta-juta orang membanjiri jalan raya menuntut pemimpin dari parti Islam itu meletak jawatan selepas setahun berkuasa.