Sekadar Hiasan |
1-
Rasulullah s.a.w. – Peranan Masjid
Model
kepimpinan yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. baginda adalah merupakan
model sepanjang zaman yang terbaik dalam kepimpinan sesebuah negara.
Pada
zaman pemerintahan Rasulullah s.a.w. perkara yang pertama dilakukan oleh baginda
setibanya ke Kota Madinah dalam Peristiwa Hijrah adalah mendirikan masjid.
Masjid bukan sahaja berperanan sebagai tempat ibadah sahaja, malah merupakan
institusi sosial yang cukup penting seperti pusat pembentukan masyarakat,
pembinaan komuniti, pusat ekonomi, pusat ilmu, pusat pentadbiran, perbincangan,
mendamaikan pergaduhan, mahkamah dan sebagainya.
Sebenarnya
masjid mempunyai peranan yang lebih penting dan lebih luas serta bersifat
keagamaan. Peranan utama masjid adalah sebagai tempat beribadat. Ibadat
khususnya ialah solat, membayar zakat, belajar dan sebagainya. Selain dari itu
banyak lagi perkara ibadah yang tergolong dalan konteks ibadat umum,
termasuklah mesyuarat untuk kepentingan jemaah atau secara amnya menyelesaikan
masalah ahli masyarakat. Masjid Nabawi di Madinah lebih luas lagi peranannya
iaitu menyelesaikan masalah ummah dan negara islam.
Sepatutnya
peranan yang telah digariskan oleh Rasulullah s.a.w. tentang peranan sebenar
masjid boleh dijadikan rujukan serta panduan terhadap Institusi masjid sekarang
ini. Sejarah telah membuktikan kecemerlangan sesebuah pemerintahan adalah
berlandaskan Islam yang sebenar sepertimana yang telah dilakukan oleh pemimpin
kita yang agung iaitu Nabi Muhammad s.a.w.
Malaysia
adalah merupakan negara islam yang terdapat banyak masjid, malah pembinaanya adalah
sangat indah. Tetapi dari segi peranan masjid adalah sangat berbeza jika
dibandingkan dengan peranan masjid di zaman Rasulullah s.a.w. Pihak pemerintah
yang berkuasa sepetutnya menyedari akan kepentingan masjid terhadap kepimpinan
dan kecemerlangan umat islam sepertimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah
s.a.w. sebaik-baik model kepada umat Islam.
2-
Khalifah Umar al-Khattab – Penubuhan Baitulmal
Khalifah
Umar adalah merupakan orang yang pertama dalam menubuhkan Baitulmal secara
rasmi. Baitulmal telah pun wujud sejak zaman Rasulullah s.a.w. lagi tetapi kewujudannya adalah secara tidak rasmi.
Segala harta yang diterima terus disedekahkan pada hari itu juga sehingga tiada
bakinya.
Semasa
pemerintahan Umar al-Khattab, beliau menjadikan baitulmal sebagai institusi
rasmi. Segala harta yang diterima atau dikeluarkan, sama ada zakat, sedekah,
rampasan, cukai, jizyah, sawafi, zimmah dan sebagainya dicatat di dalam buku
khas yang dipanggil diwan.
Baitulmal
adalah merupakan institusi yang sangat penting di Malaysia, Penubuhan Baitulmal
ini adalah sangat baik sebagai rentetan atau tuntutan dalam syariat Islam dan
seharusnya dikembangkan lagi supaya menjadi pemangkin dalam mengukuhkan ekonomi
masyarakat Islam Khasnya serta negara Islam amnya.
3-
Khalifah Umar Abd Al-Aziz – Jizyah dan Kharaj
Pada
zaman beliau, jizyah dan kharaj dibezakan iaitu jizyah adalah cukai ke atas
orang bukan Islam dan kharaj ialah cukai tanah. Sebelum pemerintahan beliau
kedua-duanya dianggap sama, hanya membayar salah satu daripadanya. Sedangkan
antara kedua-duanya mempunyai perbezaan konsep. Kharaj adalah cukai tanaman
manakala jizyah adalah cukai perlindungan ke atas orang bukan Islam yang hidup
dalam negara islam.
Sepatutnyer
perkara ini dilakukan dan diteruskan pada zaman sekarang dimana apabila
Malaysia ini dikatakan menjadi negara Islam maka, perlulah dilakukan perubahan
pada dasar yang akan menguntungkan umat Islam secara khasnya dan orang bukan
islam secara amnya.
Sehubungan
dengan itu sejarah Islam menjamin kedaulatan Islam. Keagungan pemerintahan
Islam menjamin kewujudan kewangan Islam yang cemerlang kerana hanya Islam adalah
satu-satunya agama yang diterima Allah s.w.t.
No comments:
Post a Comment