Pesanan Panaja

Thursday, February 13, 2014

Jual Beli Atas Talian


Perniagaan merupakan aktiviti yang sangat dianjurkan dalam ajaran Islam sebagaimana Rasulullah s.a.w. sendiri telah pun menyatakan bahawa sembilan daripada sepuluh pintu-pintu rezeki adalah perniagaan. Oleh sebab itulah jual beli merupakan sesuatu yang telah dibenarkan selama mana dilakukan dengan betul selagi mengikut tuntutan atau lunas-lunas dalam agama Islam.





Dunia yang serba maju ini telah menemukan kita dengan satu senario yang tidak pernah terfikir pada suatu masa dahulu iaitu berurusniaga dalam talian yang sangat berbeza dengan kebiasaan yang dilakukan secara fizikal. Kalau kita lihat pada masa sekarang ini bermacam-macam cara atau jenis perniagaan dalam talian, namun begitu secara kasar ada yang mengertikan perniagaan secara dalam talian ini disebut e-dagang yang semata-mata menggunakan perkhidmatan internet.

Sebagai contoh, di antara laman-laman web yang menjalankan urusniaga secara dalam talian ialah yang biasa kita dengar seperti mudah.my, lelong.com, Amazon.com, ebbay dan bermacam-macam lagi termasuklah blog-blog yang menjalankan perniagaan sendiri secara sepenuh masa ataupun sampingan. Banyak terdapat ciri-ciri yang ada dalam jual beli atas talian ini dan diantaranya ialah :

1- Sesuatu perniagaan itu secara terus melibatkan penggunaan internet dalam semua proses samaada pengiklanan, penjualan, pertanyaan dan sebagainya. Perniagaan ini secara terus menggunakan peralatan moden seperti komputer dan jaringan internet.

Adalah sangat mudah bagi mereka yang begitu mahir dalam penggunaan internet tanpa pergi ke mana sahaja kerana dengan internet kita akan dapat memberitahu kepada siapa sahaja yang walau berada di mana sahaja dan yang penting mensti mempunyai jaringan internet dan komputer.

2- Urusniaga Jual beli tidak melibatkan dari muka ke muka, yang dimaksudkan disini ialah jika menggunkan perniagaan dalam internet ini tidak melibatkan persemukaan sekiranya hendak berurusan. Seandainya ada pertanyaan melibatkan barang yang hendak dibeli itu, pembeli boleh melihat sendiri gambar yang telah dipamerkan oleh penjual dalam internet dan sekiranya ada pertanyaan timbul, pertanyaan itu bolehlah dibuat melalui penghantaram email ataupun pertanyaan terus melalui telefon.

Berdasarkan daripada ciri-ciri diatas kita dapat mengetahui perniagaan dalam talian  ini kerana
-       Terdapat transaksi di antara dua belah pihak
-       Adanya pertukaran barang, perkhidmatan atau maklumat
-       Internet sebagai media proses mekanisma akad.


Perbandingan Konsep jual beli di antara jual beli secara dalam talian dengan jual beli biasa secara fizikal dan  di antara perbandingan yang biasa kita boleh lihat ialah :

1- Perbezaan yang sangat ketara di antara perniagaan secara fizikal mahupun dalam talian ialah proses transaksi iaitu akad dan media utama. Akad merupakan unsur yang sangat penting dalam sesuatu perniagaan dan secara umumnya, perniagaan dalam Islam menjelaskan adanya transaksi secara fizikal dengan menghadirkan benda atau barang semasa transaksi dibuat, ataupun menghadirkan benda yang telah ditempah dengan syarat-syarat yang perlu dinyatakan seperti sifat, masa seperti transaksi as-salam yang pembayanranya adalah secara tunai dan disegerakan tetapi penyerahan barang ditangguhkan. Terdapat juga sistem pembayaran disegerakan atau ditangguhkan bersesuaian dengan perjanjian dan penyerahan barang yang ditangguhkan.

2- Terdapat dua jenis yang dijadikan objek transaksi dalam talian iaitu barang atau perkhidmatan secara digital atau pun tidak. Transaksi dalam talian ini kebiasaanya lebih kepada barang atau perkhidmatan yang bukan digital dan pada dasarnya tidak terdapat perbezaan dengan transaksi as-salam dan barangnya harus bersesuaian dengan apa yang telah disifatkan ketika berdagang.

Sedangkan barang yang bersifat digital seperti ebook, software, script, data dan lain-lain lagi yang masih dalam bentuk file dan bukannya cd dapat diserahkan secara langsung kepada pelanggang tidak kiralah melalui email ataupun muat turun. Jual beli dengan cara ini tidak sama dengan konsep as-salam tetapi ianya seperti jual beli biasa.

Transaksi jual beli secara dalam talian adalah dibolehkan menurut Islam berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang ada dalam perdagangan menurut Islam, khususnya dianalogikan dengan prinsip transaksi as-salam, kecuali pada barang / perkhidmatan yang tidak boleh untuk diperdagangkan sesuai syariat Islam.


Sememangnya perniagaan dalam talian atau tidak banyak sekali dugaan dan rintangan yang bakal mendatang dan semestinya kita selaku umat Islam mendukung hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Sentiasa beringat kerana perniagaan ini bukanlah semata-mata hendak mendapatkan kauntungan sahaja malahan apa yang kita patut cari adlah keredhaan Allah s.w.t.

No comments:

Post a Comment