Pesanan Panaja

Tuesday, February 18, 2014

Perancangan Dan Pembangunan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan


Bahasa Melayu adalah merupakan satu bahasa yang banyak mengalami perkembangan yang begitu ketara sejak dari zaman sebelum tanah Mekayu merdeka sehinggalah sekarang ini. Semua apa yang dapat kita lihat sekarang ini tidak akan berlaku sekiranya tiada perancangan dan pembangunan yang cekap dan terbaik terhadap bahasa Melayu.



Berdasarkan kepada sejarah bahasa Melayu, terdapat badan – badan yang ditubuhkan bertujuan dengan memegang tanggungjawab dalam merancang dan membangunkan bahasa Melayu dan di antaranya ialah  Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM), Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Badan-badan pertubuhan inilah yang kewujudanya adalah hanya berdasarkan kepada pembangunan bahasa terutamanya bahasa Melayu yang merupakan bahasa Kebangsaan di Malaysia.

Sebagaimana yang diketahui penubuhan MABBIM adalah bertujuan bagi meningkatkan peranan dan mengusahakan pembinaan pengembangan bahasa kebangsaan@rasmi negara anggota sebagai alat perhubungan yang luas serta mejadikan bahasa setaraf dengan bahasa moden yang lain. Penubuhan ITNM juga ialah bertujuan untuk memperkaya kepustakaan berbahasa sebagai wahana pemikiran bangsa Malaysia melalui aspek budaya sains dan teknologi melalui terjemahan berkualiti dan berusaha mengantarabangsakan karya kebangsaan secara berterusan melalui aktiviti penterjemahan supaya standing dengan karya yang diiktiraf dunia.

Selain dari itu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) adalah merupakan satu nama yang tidak asing lagi di Malaysia kerana tujuan utama penubuhan DBP ialah untuk menghasilkan keluaran bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini yang baku, bermutu dan berwibawa.

 Perancangan dan pembangunan dalam konteks sosial

Pendidikan
Pertamanya kita melihat perancangan serta pembangunan dari segi pendidikan. Sejak dari selepas merdeka lagi bahasa Melayu mula bangkit dari bidang pendidikan. Pihak Kerajaan pada masa itu merancang untuk memertabatkan bahasa melayu supaya ianya dijadikan sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah rendah mahu pun menengah. Perancangan ini Berjaya dilakukan kerana bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar bagi mengantikan bahasa Inggeris yang telah ditinggalkan oleh penjajah.

Pembangunan telah berlaku kepada bahasa Melayu dengan apa yang kita dapat lihat sekarang ini penggunaan bahasa melayu semakin berkembang sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan. Melalui dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan dalam memertabatkan bahasa Melayu sebagai satu bahasa yang mudah untuk dipelajari sehinggakan ianya menjadi bahasa pengantar di institut-institut mahupun di universiti-universiti.

Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa akademik menjadikan bahasa melayu  bertambah kukuh sehinggakan dapat digunakan di peringkat ijazah kedoktoran. Para cendekiawan bahasa Melayu telah berusaha bagi menulis serta mengeluarkan pelbagai buku ilmiah walaupun pada hakikatnya pengeluarannya masih lagi berkurangan. Pada masa yang sama telah banyak hasil kerja para penulis termasuklah penulisan tesis diperingkat sarjana kedoktoran yang dihasilkan di dalam bahasa Melayu.

Setelah menjelang abad yang ke-21 bahasa Melayu menjadi lebih berkembang dengan penggunaan teknologi dan komunikasi melalui penggunaan computer, computer riba dan internet menyebabkan penyebaran bahasa Melayu ini berkembang tanpa sempadan ke seluruh dunia. Sebagai contoh penggunaan bahasa Melayu dalam dunia blog dan laman sosial seperti facebook menjadikan bahasa Melayu boleh diterima oleh masyarakat dunia seterusnya diterima di peringkat antarabangsa.

 Perhubungan dan Komunikasi

Walaubagaimanapun, dari segi perhubungan dan komunikasi di antara rakyat Malaysia yang terkenal dengan rakyatnya berbilang bangsa dan agama tetapi masih dapat hidup secara aman dan harmoni.  Jelas di sini bahawa pihak Kerajaan telah melakukan satu perkara yang betul dan tepat dengan manjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan Malaysia. Rakyat Malaysia seluruhnya akur dan mempersetujuinya menerima keputusan ini dengan bijaksana kerana sememangnya semua rakyat Malaysia sangat pandai berbahasa Melayu termasuklah pendatang-pendatang dari luar.

Komunikasi ataupun perhubungan di antara manusia dengan manusia sangat memerlukan bahasa sebagai alat perhubungan antara organisasi dengan organisasi. Bahasa Melayu adalah sangat sesuai dijadikan bahasa rasmi kerajaan kerana bahasa Melayu itu sendiri yang mempunyai nilai-nilai perpaduan.

Sebagai contoh kalau dilihat pada masa kini hampir semua rakyat Malaysia dapat berkomunikasi dengan baik dengan menggunakan bahasa Kebangsaan. Bahasa Melayu digunakan secara meluas terutamanya dalam sektor awam dan bahasa Melayu juga bolah dijadikan diantara bahasa antarabangsa kerana penggunaannya melibatkan beberapa negara seperti Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.

Komunikasi boleh dilakukan dalam dua bentuk iaitu lisan dan tulisan. Pada zaman yang serba canggih ini bentuk komunikasi pun sudah berbeza seperti filem bagi sesebuah cerita dapat menyampaikan mesej-mesej yang tertentu kepada yang menonton dengan berkesan sehingga dapat menimbulkan pelbagai perasaan. Sekiranya penggunaan bahasa melayu disampaikan dengan baiik maka sudah pasti perpaduan masyarakat yang harmoni akan terjamin.

Selain dari itu, bentuk perhubungan di antara rakyat Malaysia kini semakin maju dengan menggunakan peralatan telekomunikasi seperti telefon bimbit, perbualan terus melalui computer dan sebagainya. Apa jua cara perhubungan yang dilakukan pasti akan menggunakan satu bahasa yang sama iaitu bahasa kebangsaan. Sememangnya bahasa melayu merupakan alat perantaraan di antara rakyat Malaysia yang menjamin keamanan dan kesejahteraan bersama.

Perancangan dan pembangunan dalam konteks ekonomi

Perdagangan
Bidang ekonomi adalah merupakan satu faktor yang sangat penting dalam proses pembangunan bagi sesebuah negara kerana dari perancangan ekonomi yang kukuh akan menjadikan sesebuah negara itu maju dan berdaya saing.

Malaysia adalah sebuah negara yang membangun maka sudah pasti bidang perdagangan yang dijalankan mesti kukuh dan lancar seperti yang dikehendaki. Bahasa melayu memainkan peranan penting dalam urusan perdagangan terutama apabila perdagangan itu melibatkan negara-negara jiran atau negara di Asia Tenggara. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dahulu kebanyakkan pendatang atau pedagang dari negara-negara jiran pandai bertutur dalam bahasa Melayu kerana ingin memudahkan urusan perniagaan.

Memang tidak dinafikan bahawa penggunaan bahasa Inggeris adalah lebih menjadi pilihan kepada pedagang-pedagang dunia namun bahasa Melayu tidak akan menjadi bahasa perantaraan dalam kalangan ahli-ahli perniagaan sekiranya negara yang menggunakan bahasa melayu sendiri tidak cenderung dalam bidang perniagaan.

Kecenderungan dalam bidang perdagangan memerlukan komunikasi yang baik apabila berinteraksi di antara negara-negara pedagang. Sekiranya sesebuah negara ingin menjalankan hubungan perdagangan dengan sesebuah negara yang lain perkara yang penting ialah bentuk komunikasi yang digunakan dan ianya sangat berkaitan dengan bahasa yang digunakan.

Sekiranya Malaysia mempunyai hubungan yang baik dengan semua negara di dunia ini maka secara tidak langsung akan memudahkan proses perdagangan dan seterusnya menjadikan Malaysia sebuah negara yangmembangun dan maju. Sekiranya perdagangan itu melibatkan negara Asia Tenggara sepatutnya Malaysia menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar demi memertabatkan bahasa melayu itu sendiri.

 Pengiklanan
Berdasarkan dari sudut yang lain seperti pengiklanan yang menjadi faktor penting dalam mempromosi barangan atau perkhidmatan masing-masing. Kalau dilihat pada masa sekarang banyak terdapat pengiklanan yang telah menjadi satu cetusan idea sangat penting untuk membuat pemasaran pengiklanan. Apa yang penting di sini ialah kebanyakkan pengiklanan yang disiarkan di Malaysia ini adalah dalam bahasa melayu. Secara tidak langsung perkembangan bahasa Melayu adalah sentiasa berkembang mengikut peredaran zaman dengan pelbagai cetusan idea-idea yang baru yang bertujuan untuk memertabatkan penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan kita.

Penghasilan kerja yang kreatif dan berkesan akan menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju lagi harmoni. Perkembangan ini melibatkan penggunaan bahasa yang sentiasa terkini bagi pengiklanan sesebuah iklan. Sememangnya bahasa Melayu adalah merupakan bahasa yang digunakan secara tidak langsung melibatkan perkembangan ekonomi negara Malaysia. Melalui media massa dan media elektronik pengiklanan menjadi satu medan yang penting dalam memancu perkembangan ekonomi negara bersandarkan penggunaan bahasa Melayu

Zaman yang menuju ke arah kecanggihan ini tidak lari dari sektor pengiklanan yang boleh dilakukan di alam maya tanpa menggunakan modal yang besar sedangkan hasilnya adalah menyeluruh. Penggunaan bahasa melayu dalam pengiklanan internet tanpa sempadan akan mempromosikan kepenggunaan bahasa melayu yang luas.

Perancangan dam pembangunan dari konteks pentadbiran

Parlimen
Dewan Parlimen juga adalah merupakan tempat di mana penggunaan bahasa Melayu wajib digunaka sebagai bahasa rasmi perbahasan. Perlembagaan Malaysia perkara 152 menyatakan bahawa sepanjang Dewan bersidang kesemua Yang Berhormat mesti mangutamakan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan Malaysia.

Ternyata sebahagian besar ahli parlimen sangat menghormati Dewan yang mulia malah kedaulatan bahasa Melayu juga digunakan dengan sebaik mungkin walau kadang-kadang sebutan sangat susah untuk dituturkan dengan lancar oleh ahli-ahli parlimen yang bukan melayu. Dewan Parlimen serta ahli-ahli parlimen Berjaya mendaulatkan penggunaan bahasa Melayu di Parlimen dan ianya tidaklah mustahil sekiranya mereka juga akan terus memertabatkan bahasa Melayu ketika di luar Parlimen melalui perlaksanaan program-pogram dan lain-lain lagi.

Perundangan
Penggunaan bahasa Melayu telah digunakan di dalam bidang perundangan dan kehakiman mahupun kedudukan bahas Inggeris merupakan salah satu bahasa perundangan di negara ini. Walau bagaimanapun kepenggunaan bahasa Melayu yang meluas dalam bidang perundangan akan memantapkan lagi bahasa melayu itu sendiri melalui sumber-sumber utama ataupun sumber sekunder.

Sesungguhnya usaha-usaha untuk memartabat dan melestarikan penggunaan bahasa Melayu
dalam bidang perundangan dan kehakiman ini perlu diteruskan sepanjang masa kerana ruang
untuk memperbaikinya sentiasa terbuka. Disamping itu kita juga perlu menerima hakikat bahawa bahasa Inggeris masih perlu digunakan dalam sistem perundangan kita tetapi tidaklah sampai boleh menjejaskan kedudukan dan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa perundangan yang terunggul di negara ini.

Pentadbiran Kerajaan
Malaysia adalah merupakan negara yang membangun dari segi ekonomi dan juga pentadbiran sehingga kalau dilihat pada masa sekarang Malaysia bukan satu nama yang asing pada dunia. Kemajuan sesebuah negara adalah bergantung kepada macam mana sesebuah negara itu ditakbir dan secara tidak langsung berkaitan dengan pentadbiran negara.

Perkembanagn bahasa Melayu yang telah berlaku dalam pentadbiran ialah bahasa Melayu adalah merupakan bahasa pengantar rasmi yang wajib digunakan dalam sektor awam. Penggunaan bahasa Melayu meliputi segala tindakan yang terdapat di dalam sesuatu pentadbiran seperti bermesyuarat, surat-surat rasmi, domuken-dokumen dan lain-lain lagi. Memang sangat sesuai digunakan bahasa Melayu kerana bahasa Melayu adalah merupakan bahasa rasmi bagi negara kita Malaysia.

Semakin hari semakin banyak usaha bagi memertabatkan penggunaan bahasa Melayu terutama bahasa Melayu baku dalam pentadbiran kerajaan Malaysia. Penggunaan bahasa Melayu dalam sektor awam adalah sangat bertepatan dengan peranan bahasa Melayu itu sendiri yang terkenal dengan bahasa perpaduan yang boleh diterima oleh setiap lapisan masyarakat di Malaysia.

Perancangan dan pembangunan bahasa Melayu dalam konteks pentadbiran merujuk kepada pentadbiran kerajaan Malaysia. Bahasa melayu sebagai bahasa rasmi yang telah diberikan status sebagai bahasa kebangsaan dengan sah oleh Kerajaan Malaysia. Bahasa rasmi ini merupakan bahasa yang digunakan di dalam setiap apa urusan yang berkaintan dengan urusan pentadbiran kerajaan terutamanya ketika upacara rasmi dan termasuklah mendokumenkan segala yang berkaitan dengan pentadbiran kerajaan.

Malaysia merupakan sebuah negara yang membangun dan bahasa Melayu sebagai wahana pembinaan negara dalam semua urusan yang melibatkan pentadbiran kerajaan. Bahasa Melayu dipilih dijadikan sebagai bahasa seharian negara dan fungsinya meliputi segala kegiatan yang berperingkat negara Malaysia sperti penggunaan sebagai bahasa lisan di dalam tugas-tugas rasmi, segala urusan surat-menyurat di antara jabatan, dokumen-dokumen dan rekod kerajaan dan segala borang rasmi kerajaan.


Selaras dengan perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahasa rasmi digunakan untuk semua urusan rasmi diperingkat kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan badan-badan berkanun. Berdasarkan kepada semangat menghormati perlembagaan setiap perlaksanaan dasar kerajaan wajib menggunakan bahasa Melayu dalam semua kerja yang lain seperti minit mesyuarat. Memorandum,surat-surat dan lain-lain lagi. Ini merupakan idealisme yang tersirat di sebalik pendaulatan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi.

No comments:

Post a Comment