Pesanan Panaja

Showing posts with label bahasa kebangsaan. Show all posts
Showing posts with label bahasa kebangsaan. Show all posts

Tuesday, February 18, 2014

Perancangan Dan Pembangunan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan


Bahasa Melayu adalah merupakan satu bahasa yang banyak mengalami perkembangan yang begitu ketara sejak dari zaman sebelum tanah Mekayu merdeka sehinggalah sekarang ini. Semua apa yang dapat kita lihat sekarang ini tidak akan berlaku sekiranya tiada perancangan dan pembangunan yang cekap dan terbaik terhadap bahasa Melayu.

Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan


Malaysia mempunyai keadaan linguistik yang begitu berbagai sehinggakan dalam pemilihan bahasa kebagsaan pun memandang berat tentang kepuasan hati semua golongan baik dari segi sosial, ekonomi, politik dan sebagainya. Pemilihan yang tepat akan menjamin keamanan dan kemajuan Malaysia.