Memang keras perkataan di atas. Tidak peduli kita kalau ia perlu difahami secara literal @ harafiah atau kiasan @ sindiran. Mana-mana satu pun cara bacaan, tiada bezanya pada hakikat.
Hakikatnya entah berapa ramai orang Islam telah dimasukkan babi atau unsur babi dalam tubuh mereka, …. atau secara ringkas dibabikan. Perlakukan dibabikan pada tubuh itu adalah tanpa kerelaan, maka ia umpama satu jenayah perkosa, rogol, ceroboh terhadap tubuh badan.
Kasihan kepada sesiapa yang telah memakan coklat babi itu!
Terasa dikhianati tapi siapa sebenar yang khianat itu, sebenar-benarnya?
Coklat itu sendiri atau syarikat kaya sekian lama berjasa membantu ekonomi negara yang takkanlah kerana nila setitik rosak ‘arak’ sebelanga atau adakah ianya sipemantau agama yang diletakkan harapan padanya kerana dah memang tugas mereka atau keseluruhan sistem yang kecewa dan semakin mengecewakan kita?
Tiada minta maaf dari yang ‘membabikan’, dari yang gagal menghalang ‘pembabian’ bahkan ada suara sumbang yang cuba membela si ‘pembabi’ dan menimbul andaian seolah-olah berlaku ketidaksengajaan atau sebab luaran yang menyebab kewujudan elemen ‘pembabian.’
Tiada rasa yang paling tepat dirasai oleh perasaan umat Islam sekelian melainkan berlaku pengkhiatan.
Mungkin kita merasa baru sekarang kita rasa dikhianati. Apabila satu kes dibukti. Adakah mungkin pengkhianatan itu telah lama berlangsungan? Bagaimana tentang pelbagai produk makanan lain yang berlambak di pasaran.
Atas isu babi ini, timbul isu-isu relevan untuk diteliti dan diberi penjelasan supaya faham antaranya berkaitan:-
(1) batas minima halal pada syarak atas hujah selagi tidak dibuktikan haram ia adalah halal atau jika pada ‘surface’nya halal ia adalah halal, (walau ada sebenarnya ada elemen haram pada kandungannya, tanpa diketahui)
(2) kepada mengelakkan syubhat dengan nasihat agar meninggalkan yang meragukan.
(3) Hingga kepada tujuan maksima, iaitu mencari keberkatan pada makanan yang halal, baik tanpa elemen syubhah dan meragukan
Ilmuan-ilmuan agama banyak mendatang perbahasan tetapi kurang merujuk pada realiti kes dan contoh-contoh real dan praktikal seperti ada di pasaran, seperti yang kita dan anak-anak kita makan.
Kita lihat bagaimana banyaknya jajan-jajan bukan sahaja buatan cina tempatan tapi dari tanah besar cina yang tiada tanda halal yang entah apa bahan-bahan yang digunakan khususnya pada pelbagai coklat, gula-gula dan manisan dan dijual pula dengan harga sangat berpatutan. Ia dijual begitu berleluasa dan menjadi mamahan dan kunyahan ‘kegembiraan’ anak-anak kita termasuk di sekolah agama, pusat tahfiz, sekolah pondok, tadika Pasti atau bukan Pasti dan lain-lain lagi. Saya menyaksikan sendiri.
Tentulah mereka yakin pad kehalalan walau tak toyyib dan mungkin tiada keberkatan. Tentu mereka juga rasa tidak ada unsur syubhat dan meragukan. Kalau tak, takkan mereka tergamak untuk menjualnya.
Persoalan;- apa ukuran agama sebenar-benarnya secara ilmiah dan amalan praktikal pada isu ini?
Kita lihat bagaimana tema promosi bank islam iaitu ‘mencari yang halal itu fardu’. Juga ada ilmuan yang menekan kepada memastikan logo halal jakim atau yang diiktiraf dan mengandungi no siri sebagai satu syarat tugasan orang Islam dalam melepaskan tanggungjawab mencari dan memastikan yang halal. Saya masih ingat lagi, lama dahulu, ceramah ust Shamsuri betapa perlu (wajib?) kita bertanya mee yang digoreng di kedai makan itu? Kalau dia ambil mee cina sebab tahan lama, nanti agak-agak boleh tahan lama dalam neraka. Begitulah, antara ingat dan tak diingat? Fikirkanlah apa maksud sebenarnya?
Sebaliknya ada ilmuan lain pula mengatakan selagi mana pada luaran yang terlihat adalah halal, maka halallah. Buat apa nak pergi sampai ke dapur. Ada contoh hadith-hadith diberikan yang boleh dijadikan kes bandingan @ kiasan contoh keadaan.
Inilah sebahagan contoh perbezaan pandangan yang perlu diperbahaskan kembali dan didatang rumusan panduan terbaik dan difahami.
Tolonglah wahai ustazah pilihan atau ustazah solehah termasuklah yang semanis kurma atau geng pencetus ummah sekalipun merasakan diri daie bukan mufti, juga imam-imam muda atau lebih baik yang menggelarkan diri mereka grup ulama muda –selagi mereka tidak terpaksa letak jawatan bila dah tua, atau panel-panel Tanyalah ustaz, tidak kisah lah jika ada ustaz-ustaz itu yang menjadi ikon produk sunnah dari kurma, buah tin, zaitun yang dijampi yang dapat bantu membersihkan hati (tetapi macammana nak bersih - takkan nak makan ini sahaja kerana malangnya kami terpaksa makan juga produk tak sunnah? seperti nasi, cekodok, ayam, biskut, mee tiaw, mee goreng, perut tahu, bebola-bebola daging, ikan dan bla-bla-bla hingga kepada pelbagai jajan, coklat, gula-gula dan sebagainya) atau kami minta masa 10 minit sahaja daripada Ustaz Don daripada 30 minit masanya untuk menjelaskan isu ini sebagaimana sebahagian masa itu pernah diguna untuk menjawab isu kontraversi dan sensasi melibatkan diri sedangkan ini isu sensasi dan kontroversi melibatkan ummah ini.
Perjelaskan kepada kami sejelas Kristal … panduan yang berkesan dan praktikal.
Agak-agaknya tanpa kita sedari berapa banyak bahan haram, syubhah yang masuk ke perut anak-anak orang Islam? lihat tingkatan ketakutan di bawah:-
1. bayangkanlah betapa banyak pelbagai makanan yang dibuat oleh bukan Islam.
2. bayangkanlah betapa banyak pelbagai makanan yang dibuat dan dan dijual oleh orang islam yang bahan mentahnya dibuat oleh bukan Islam
3. bayangkan berapa ramai orang bukan Islam yang benar-benar faham halal dan haram dan diantaranya pula berapa ramai pula yang melaksanakan dan mematuhinya
4. bayangkan betapa banyak pelbagai makanan yang dijual tanpa cop tanda halal sebahagian produk tempatan sebahagian produk negara cina atau luar negara
5. bayangkan betapa banyak produk yang ada cop halal tanpa no siri, atau cop halal buatan sendiri, iaitu cop halal yang di cop sendiri
6. betapa banyak cop halal yang sah bernombor siri -tapi tidak pernah ditelefon dan disahkan -yang jika ditelefon - tarikh sah halalnya dah berakhir - cop halal luput tarikh
7. bagaimana coklat yang dapat cop halal yang bernombor siri yang sahih tapi ada BABI atau sebahagian dari gen BABI . Jika begini, apa jaminan produk cop halal sah yang lain.
8- bayangkan pula cara pihak berkuasa negara dan pihak berkuasa agama melayani syarikat 2 pengkhianat itu. Adakah anda puashati bahawa ia dibuat kerana menegakkan syariat Allah dan kepentingan ummah 'without fear and favour'?
Justeru, sudah tiba masanya kita ambil langkah berhati-hati lebih tinggi menepati nasihat baginda nabi (saw)- yang sebahagiannya yang saya ingat dan tak ingat iaitu ‘tinggalkan apa yang meragukan ...kepada yang tidak meragukan’
-sementara menunggu jawapan panduan dan bimbingan terbaik dan praktikal daripada ilmuan-ilmuan agama kita.
Dan Allah jua yang maha mengetahui.
tranungkite
No comments:
Post a Comment